CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4019|Reply: 30

Setuju Tak Buat Sistem Penggiliran Balik Sekolah Elak Sesak Luar Pagar?

[Copy link]
Post time 5-4-2021 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Pihak pengurusan sekolah disaran melakukan penambahbaikan sistem penggiliran kelas selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak kesesakan di luar pagar.


Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Salim Ab Ghani berkata, saranan ini perlu dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah yang mempunyai jumlah pelajar ramai dan hanya mempunyai satu pintu pagar utama untuk laluan kenderaan keluar masuk.


Menurutnya, pihak pengurusan sekolah yang terletak di jalan raya utama juga perlu mengambil perhatian bagi memastikan sepanjang tempoh penyuraian berjalan lancar dan keselamatan pelajar lebih terjamin.




Suasana sesak di hadapan pintu pagar utama SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu yang sempat dirakam, semasa penyuraian balik sekolah, pada Ahad.





"Waktu pelajar dibenarkan keluar sekolah mungkin boleh disemak semula dengan membahagikan sehingga empat peringkat mengikut kesesuaian jumlah pelajar agar tidak berlaku kesesakan semasa pelajar keluar ditambah pula dengan kenderaan ibu bapa yang sedang menunggu luar pagar sekolah.


"ihak pengurusan sekolah terlibat disaran menghantar jadual tamat sesi persekolahan bagi menangani masalah ibu bapa berkumpul di luar pagar sekolah selain dapat mengelak berlakunya kesesakan di luar pagar sekolah dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)," katanya pada Ahad.


Beliau berkata sedemikian selepas melakukan pemantauan penyuraian balik sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad di sini sempena hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka membabitkan pelajar sekolah menengah.


Katanya, sikap ibu bapa yang berkumpul menunggu anak di luar sekolah tanpa melakukan sebarang penjarakan fizikal perlu ditangani segera kerana masih boleh mengundang kepada penularan Covid-19.




Sumber: Sinar Harian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je tapi kesian pulak dekat budak yg keluar last sekali. Payah untuk pengusaha bas. Anak aku darjah 1, awal2 dulu hari selasa kena keluar pukul 6.45 petang. Sampai rumah dah magrib. Kesian pulak budak2 lain yg menunggu dalam van. Bila driver van dah komplen, baru la budak2 yg naik van sekolah asingkan. Yg parents ambik kena ikut penggiliran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kena fikir sebelum laksana. Bagus memanglah bagus sbb boleh kurangkan sesak, tapi utk pelajar yg naik bas / van sekolah tu macam mana??
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:21 AM | Show all posts
baru nak fikir ke tuan pengarah pendidikan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:00 AM | Show all posts
tak setuju.. apa jadi lepas sekolah bukan masalah sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah tengok sekolah rendah yang anak2 duduk kat kerusi dalam dewan sementara menunggu van/bas atau parents masing2.. Mana2 parents yang dah sampai, diaorang akan panggil anak2 masing2 keluar menggunakan mic yang disediakan. So, parents kena keluar dari kenderaan dan pandai2 sendiri lah beratur agar tidak sesak di depan pagar sekolah. Rasionalnya supaya anak2 tidak bersesak2 di luar sekolah (ibubapa takpe), dan keselamatan anak2 terjamin sebab parents atau penjaga kena keluar kereta dan ambik sendiri. So, anak2 yang parents lambat ambik pun takdelah berkeliaran di luar sekolah. Sekolah rendah kan, bahaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah setahun PKP
Masih tercari2 solusi
Mmg kita ni budaya last minute
Mlm tadi penuh grup wassap sekolah anak aku
Dgn peraturan SOP
Tu anak sorang
Yg anak ramai?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:37 AM | Show all posts
sila ubah main entrance sekolah yang mengadap main road. gila ke apa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala.. Boleh je nk buat penggiliran mcm gi kje tuh..
740am-130pm bdk form 1/2
940am-330pm bdk form 3
1230pm-630pm bdk form 4/5
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 5-4-2021 11:37 AM
sila ubah main entrance sekolah yang mengadap main road. gila ke apa

Sekolah lama memang pintu masuk tepi jalan besar...nak alih kiri kanan ada rumah org etc....nak ubah laluan jalan raya dah tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tau sarancuba ko bgtahu mcm mn nak buat?

Sekolah anak aku 2 sesi pagar 1 je.
Dah tgh hari tu kalau pelajar pgi lmbat balik pelajar petg pukul berapa nak masuk?
Dah pukul berapa pelajar petang nak balik?
Sekrg ninpon anak aku balik dekat pukul 7
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 5-4-2021 03:27 PM
Ala.. Boleh je nk buat penggiliran mcm gi kje tuh..
740am-130pm bdk form 1/2
940am-330pm bdk form ...

Sekolah 2 sesi nak  buat macam mana?
Kelas cukup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling bagus selang hari sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
domestobot replied at 5-4-2021 10:21 AM
baru nak fikir ke tuan pengarah pendidikan?

Dia x fikir pon
Cakap je
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 5-4-2021 03:44 PM
Sekolah 2 sesi nak  buat macam mana?
Kelas cukup ke?

Xperlu dh ade dua sesi... Buat je mcm kat kolej dh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 5-4-2021 03:49 PM
Xperlu dh ade dua sesi... Buat je mcm kat kolej dh...

Habis student tu nak campak ke mana?
Aku tgk masalah utama negara kita ni sbb buat sekolah dua sesia yg mana dulu diperkenalkan sbb x cukup faisliti. Tapi nampknya makin lama dah jadi kebiasaan dah sekolah 2 sesi ni..

Ni tgh hari tadi hantar anak xtaulah dia duk mana sbb abgnya belum balik lagi.
Tahun2 lepas anak aku kata siap ada budak tunggu kat luar dah masa cikgu tgh ajar sbb xcukup kelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je lah sekolah semua. Remaja skrng pon idolakan retis dn instafemes. Xsekolah pon boleh kaya. Sekolah peksa 7G pon jutawan katanya. Buat apa sekolah, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah kalau naik van/bas sekolah melainkan parents sendiri datang jemput anak masing2.

Lagi sesak, kalau sekolah ada 2 sesi.
Yang sesi petang pun walaupun waktu sekolah tak bermula lagi datangla awal sikit.
Ini tak, datang sekolah nak dekat2 waktu pelajar sesi pagi  nak balik.
Mana tk bertembung di depan pagar sekolah.

Parents pun tkleh pikir ke.
Suka nau tgk anak dia masuk dalam kawasan sekolah dengan bersesak2 dgn pelajar sesi pagi

Ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:12 PM | Show all posts
Even yang parents jemput pun pening jgk, sbb kalau sorang balik waktu yang 1st, sorang balik waktu yang last, jenuh jgk nk tunggu.
Ntah la. Kat skolah dah bape kali kene tukar SOP time balik sbb nk memenuhi kehendak pegawai yang dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 5-4-2021 03:45 PM
Paling bagus selang hari sekolah

setuju..

sbbnya balik berperingkat ni sian nak apak yg anakdaejah 1 dan darjah 6..

cth:
darjah 1 kuar kul 1, darjah 6 kuar kul 2, menunggu ctu sejam, mustahil dia akan balik rumah dlu dan dtg semula kul 2 ambik anak drjah 6..

kasiannn, buang masa parents dan x selesai gak mslh sesak..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.183800 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list