View: 7294|Reply: 65
|
"Tak Kira VIP, Orang Biasa" - Menteri Agama Hadir Majlis Nikah Neelofa
[Copy link]
|
|
Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.
Kredit foto: IG Zulkifli
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan.
"Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.
"Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak.
"Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.
Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.
Kelihatan Dr Zulkifli semasa majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz.
Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.
Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil.
Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau 'double standard' terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya.
Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah.
"Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar.
"Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan," katanya.
Wartawan mStar (kiri) mendengar penjelasan daripada ACP Mohamad Zainal.
Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian.
"Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan.
"SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat... tak kira majlis VIP atau orang biasa," katanya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aloh aloh aloh beri keterangan jah pon, bukan kena kompaun. Kalau dh kena kompaun baru sembang sini lgi yah! |
|
|
|
|
|
|
|
“Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar” hermmmm
Amanah yang Allah beri tu jgn disalahgunakan. Mohon telus ya! |
|
|
|
|
|
|
|
Yang peliknya orang biasa kahwin tak patuh SOP hari tu tangkap hari tu juga kena saman.
Ini dah berapa hari majlis kahwin selebriti dah terang-terang ada gambar duduk rapat tiada penjarakan sosial tapi masih lagi nak soal siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya menteri kena ada awareness lg tinggi..bila nmpk ketidakpatuhan SOP, menteri kena bersuara..ni tidak..menteri pun 2x2.. |
|
|
|
|
|
|
|
So dah ada conclusion ke belum??
Masih dlm siasatan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
belagak habis...tazkirah ngan khutbah nikah pun nk menteri agama yg sampaikan..
Apsal x sutuh bapak Puriz je...dapat la jugak laki tumpang tempias dan gelaran...'anak ahli agama rupenya'. baru la sedap nak menonggeng agama.
Apapun...dengan cacian dan makian serta doa tak baik dr pengecam...May Allah Bless u |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak abes cite siasatan ni... smpai abg jamil mati masuk kubur bangun hidup balik ke camne?
penonggang2 agama masih lgi bersuka ria mcm xde ape2 je |
|
|
|
|
|
|
|
we want action! no more statement berjela please. |
|
|
|
|
|
|
|
Mampu ke idok bayo walau kena kompaun seplo jota henggit pon ha mana kompaun nye? {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon pulis panggil semua yg hadir majlis tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak caya selagi pdrm tak denda diorang |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya siasatan
dh mcm kes 1MDB |
|
|
|
|
|
|
|
siasat jelar pastu mesti NFA |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dah boleh buat majlis kawen ni rata2 tetamu tak patuh sop dari segi penjarakan
tgk je la album kawen dorg, bergambo mesti rapat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Beri hukuman yg setimpal supaya blh
Dijadikan contoh dan teladan pada semua org
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lah bergambar rapat rapat kerana untuk menunjukkan kemesraan walaupun belakang belakang mengumpat mengeji sesama sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|