View: 2648|Reply: 15
|
Jangan Berkahwin Atas Nama Cinta Sahaja
[Copy link]
|
|
Perkahwinan perlu ada kesediaan dan kesedaran dari dalam diri. Fikir dulu, jangan kahwin kerana suka sahaja. Jangan berkahwin atas nama cinta sahaja.
Islam meletakkan kewajipan menanggung nafkah isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami. Dalam perkahwinan, wajib bagi suami untuk berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarganya dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri.
Kredit foto - Wedpedia.my
Apabila baca tulisan pada gambar ini, terlintas di fikiran, 'Waktu nikah dulu, kenal betul-betulkah bakal suami? Atau berkahwin atas nama cinta dan nafsu sahaja?'
Kredit foto : Twitter Rabiatul Adawiyah Ramli
Lelaki 'tagune' begitu memang bersepah-sepah. Jangan mudah terpedaya. Jangan sesekali memberi dan mendengar orang memberi harapan akan berubah selepas berkahwin. Situasi itu secara adatnya mungkin 1 daripada 10 juta akan wujud atau langsung tidak ada.
Selagi lelaki itu tidak mampu mengubah hidupnya semasa bujang, bagaimana dia mampu ubah hidupnya selepas berkahwin. Ayat harapan akan berubah selepas kahwin itu hanya dusta dan bohong belaka.
Demikian tulisan seorang pengguna Facebook, Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof mengulas mengenai tweet tersebut dan berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW mengenainya. Baca lanjut.
Kredit foto : Facebook Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof
Tambah ustaz lagi, walaupun calon yang melamar Fatimah itu daripada kalangan sahabat yang selalu bertemu Rasulullah, Baginda tidaklah memberi harapan kepada Fatimah dengan berkata,
"Cikpuan pilihlah yang mana cikpuan suka. Insya Allah, mereka akan berubah selepas berkahwin nanti."
Nabi tidak ucapkan begitu. Manusia memang boleh berubah. Tetapi tidak ada sesiapa pun boleh menjamin bahawa dia akan berubah. Jadi, pilihlah pasangan sebaiknya sebelum terkena. Fikir sebelum jadi.
Kredit foto : Google - Gambar Hiasan
Kegagalan menyediakan atau berusaha membantu keluarga akan merendahkan martabat seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan dalam Syarak untuk menjaga keluarganya.
Tindakan seorang isteri membantu keluarga adalah tindakan terpuji dan pengorbanan itu wajib dihargai oleh suami.
Walau bagaimanapun, kebahagiaan akan lebih terjamin jika kita mengetahui tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri dari segi zahir dan batin.
Semoga bermanfaat. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fungsi suami hanya pada seks sahaja..
Supaya jadi baby..
Laki.macam ni elok pegi.mati.la...
Sebab hidup pon tak da guna..satu je yang berfungsi |
|
|
|
|
|
|
|
Ya hamponnnnn gambar bewak itttewww... |
|
|
|
|
|
|
|
iols kalau baru berkenalan dgn mana2 laki yg beria tanya keje apa position apa pakai kete apa semua mmg iols reject sebab possibility nk bergantung pada income bini sgt tggi..
laki kalau betul ready nk ada komitmen & financial stable x kan kisah partner dia keje apa & gaji berapa sebab heols sedia nk bertanggungjwb menanggung family. |
|
|
|
|
|
|
|
haifawehbe: iols kalau baru berkenalan dgn mana2 laki yg beria tanya keje apa position apa pakai kete apa semua mmg iols reject sebab possibility nk bergantung pa ...
Lg satu keje gomen ke.. ahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
sangat setuju dengan statement you . teringat pulak i , ada suami orang kat ofis nie haa dok lah tersuka dengan i. i nie andartu . dia dok cakap dengan member seofis yang dia plan nak jadi kan i bini no 2 sebab `kesian` tengok i . last-last i terpaksa mintak tolong my bff ( lelaki lembut ) menyamar jadi tunang i . sekarang jantan tu nak mintak transfer ke another deparment gara-gara frust i dah `bertunang`. puas hati i .
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel biawak kena dukung..haha |
|
|
|
|
|
|
|
para wanita kena mula memperjuangkan #vasectomyforbewak. baka bewak elok la dipupuskan segera sblm melarat bergenerasi. anak yg tak terbela nafkah bersusun paku sampai singapore pon bagi aku 99% salah bewak 1% salah bini sbb rela mengangkang. tapi sebelum kawin 99% salah bakal bini sbb bodoh pilih jantan. |
|
|
|
|
|
|
|
biawak yang didukung itu beri pahala kepada pemberi makanan.. apa isteri tak nak pahala..? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada customer bawak anak biawak dan letak atas meja.
Mati2 aku ingatkan patung sbb xgerak langsung.
Tiba2 sergah aku, terlentang aku ngan kerusi.
Gila terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah kene reject sbb kerja swasta biasa2 je...yg lelaki nk cr bakal isteri keje gov...nasib baik kene reject sbb awl2 kebiawakan dh terselah |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu sekolah aku dulu pesan,
budak perempuan, kalau nak cari suami, pegi solat subuh kat masjid/ surau.
aaa nak cari calon, cari la yang mana muda, bujang subuh kat situ.
jangan disondol suami, atok orang sudah
jangan sampai jatuh ke tahap, "Asal berlaki." NO.
cari la yang senonoh bukan perangai pelik-pelik. orang sekarang ni sangat la pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jadi macam tu sebab terlalu mabuk cinta tapi lupa nak sedarkan diri dibumi nyata akan realiti sebenar orang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 13-4-2021 11:47 AM
cikgu sekolah aku dulu pesan,
budak perempuan, kalau nak cari suami, pegi solat subuh kat masjid/ s ...
cari calon kat masjid pun ntah2 terjumpa je bakal biawak
tak keje,no income
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah kenal sorg laki ni online.. Dia kata keje manager stesen minyak.. Ok fine la.. Masa jumpa, i citer psl I nak beli rumah and dia bole kata, wah cuci kaki je la nanti.. Eh x malu hadap rete pempuan.. Mmg idok la ku terus kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku xtau la nak kesian ke nak carutkan pembela biawak. Ada tu yg sibuk nak kawen sebab cinta mati dengan biawak, pastu beranak pon harap bantuan orang. Dah tu bini gigih la OT kerja siap buat part time. Si laki tukar2 kerja ikut suka dengan alasan "penat". Kalau ko nak kerja dalam aircond & xpayah berdiri, belajar elok2. Puiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|