View: 1956|Reply: 7
|
Masih Cinta Walau Dah Lama Berpisah, Wanita Masuk Nama Bekas Kekasih Dalam Wasia
[Copy link]
|
|
Perasaan cinta mendorong seorang wanita di China memasukkan nama bekas kekasih sebagai waris dalam surat wasiatnya.
Ia melayakkan ibunya mendapat harta, manakala lelaki berkenaan menerima semua wang simpanan.
World of Buzz melaporkan, kejadian berlaku di Guangdong, selepas wanita dikenali sebagai Lili, 29, itu menulis surat wasiat di sebuah bank.
Gambar hiasan
Ia bertujuan mewasiatkan harta dan wang dimiliki termasuk kepada bekas kekasih.
Dia mengambil masa tiga jam menyelesaikan semua pembahagian harta itu. Ia termasuk sejumlah simpanan puluhan ribu yuan sepanjang dia bekerja.
Lili berkata, biarpun sudah lama berpisah, dia bersyukur kerana pengalaman menjalin hubungan dengan kekasih membantu melalui usia dewasa.
Dia berkata, surat wasiat berkenaan ditulis ketika usianya memasuki 30 tahun.
Menurut wanita itu, ketika dia di sekolah tinggi, keluarganya pernah berdepan masalah menyebabkan dia sedar hidup boleh berubah sekelip mata, pada bila-bila masa.
Lili dilaporkan lega dan tenang selepas selesai menulis surat wasiat berkenaan.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada kenangan manis yg dia sgt hatgai sampai buat kepitusan mcmni... |
|
|
|
|
|
|
|
harap bukan jusa C bermadu |
|
|
|
|
|
|
|
ini mesti dlm hidup dia cuma ada ibu dan bekas kekasih
yg lain cuma kawan2 tupperware je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mati ka belum?
Kalau belum mati it doesn't mean much. Tah saja nak umpan ex yang dah move on. Sorry.
|
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 15-4-2021 08:09 AM
ini mesti dlm hidup dia cuma ada ibu dan bekas kekasih
yg lain cuma kawan2 tupperware je
apa maksud kwn kwn tupperware helmi?....
tupperware brand ni pompuan suka buat collection |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mesti break pasal hal2 lain selain dr curang
Mostly pompuan kalau di duakan, mmg ngamuk abis |
|
|
|
|
|
|
|
Lili dilaporkan lega dan tenang selepas selesai menulis surat wasiat berkenaan.
laa...igtkan dh melingkup masuk kuburan..
jgn plak next week berubah hati pi edit pulak wasiat tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|