Kemunculan sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen gara-gara menyinggung sensitiviti umat Islam.
Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam.
Kredit foto: YouTube
Iklan tersebut mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.
Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.
Namun, hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.
Bagaimanapun di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan selamba syarikat berkenaan yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.
"Sukar nak percaya macam mana syarikat buat iklan raya. Atau memang ramai Muslim yang main (judi)?
"Korang tak kaya main benda ni, yang kaya cuma tauke perangai macam ni. Korang terduduk termenung gaduh dengan suami isteri duit tak cukup sebab kalah judi.
"elakon yang ambil job pun satu hal," demikian antara komen netizen.
Video: YouTube Firdausjalil
Apakah pihak berkuasa tidak peka dengan iklan seumpama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sekali gus promosi itu menghina agama Islam.
Sesungguhnya hal-hal berkaitan keagamaan adalah aspek yang begitu sensitif dan perlu mendapat perhatian semua pihak bagi tidak menyinggung mana-mana pihak.
Sumber: mStar |