Kredit foto - Instagram Didie Alias
Pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias kini bergelar penyanyi apabila melancarkan single sulung berjudul 'Tap Tap Love'.
Memetik laporan Harian Metro, Didie berkata, dia menyahut cabaran syarikat rakaman Suria Records (SRC) untuk hadir dengan single pertama dan menyiapkan karya itu dalam masa dua minggu.
Didie yang juga juri tetap rancangan Famili Duo mengakui menyimpan minat mendalam dalam bidang itu, namun sentiasa sedar akan keupayaannya.
"Dulu ada juga tawaran untuk menyanyi. Saya pun tahu juga asas nyanyian memandangkan saya selalu menyanyi jika ada apa-apa acara. Tapi, suara saya tidaklah sesedap Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Anuar Zain. Yang penting, kena sentiasa yakin," ujarnya.
Untuk info, 'Tap Tap Love' turut menyelitkan beberapa dialog watak Che Salmah yang dilakonkan Didie dalam drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' yang mencipta fenomena baru-baru ini.
Tahniah Didie! - CARI
|