View: 4824|Reply: 41
|
Trending #KerajaanGagal, Manifestasi Kekecewaan Rakyat?
[Copy link]
|
|
Sebaik mengambil alih pentadbiran daripada tangan Pakatan Harapan (PH), pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak lari daripada dilingkari kontroversi,
Pengguna Twitter termasuk individu berpengaruh dalam politik sepakat mewujudkan tanda pagar #KerajaanGagal gara-gara kecewa akan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan tidak cekap mengendali isu seperti Covid-19 dan ekonomi negara.
Kredit foto - Melakahariini.my
Tanda pagar itu menjadi trending bermula awal pagi semalam dan sehingga kini sejumlah 150,000 ciapan telah menggunakan tanda pagar itu.
Kredit foto: Twitter
Menurut MalaysiaKini, ia muncul ketika kerajaan dilihat gagal menangani penularan Covid-19 dengan kes harian kekal empat digit sejak bermulanya gelombang ketiga September tahun lalu yang mana ia juga dikaitkan dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah sebelum ini.
Malah, tanda pagar #KerajaanGagal digunakan dalam ciapan pengguna Twitter sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas dia menyatakan bahawa kerajaan kini kekurangan wang kerana telah berbelanja lebih RM600 juta menerusi Belanjawan 2021.
Kredit foto: Twitter
Selain itu, penggunaan tanda pagar #KerajaanGagal turut merujuk pada isu peningkatan harga barang, gaji rendah, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikatakan bersifat dua darjat, selain proses vaksinasi yang didakwa agak perlahan.
Bukan sekadar jadual suntikan disusun secara agak kelam kabut, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 juga disifatkan gagal memberi keutamaan kepada golongan yang lebih berisiko.
Kredit foto - Astro Awani
Malah peningkatan kes Covid-19 walaupun darurat telah dilaksanakan dilihat turut membangkitkan amarah rakyat kerana ia membawa halangan kepada masyarakat untuk pulang ke kampung, menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Bagai menuang minyak tanah dalam api, pelantikan timbalan menteri pelancongan dan seni budaya hari ini turut menambah kemarahan orang ramai.
Benarkah pentadbiran negara dikepalai #KerajaanGagal seperti didakwa atau rakyat yang sebenarnya terlalu beremosi dek berdepan situasi ekonomi membimbangkan tatkala krisis pandemik Covid-19? - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Paling mengecewakan lantikan menteri2 yg tak de function.. mengabiskan duit je. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm ada depa kesah korang trending retweet 100 juta kali pun, gaji jln ma |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 19-4-2021 06:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dak2 twidder ni sama taraf ngan dak tiktok je. Tapi dak twidder lg teruk la sbb acah acah woke gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan PN tak gagal..mengarut sapa yang cakap semua ini..lagipon kerajaan melayu islam tuu..kesadib dah setel,tabung haji dah setel, RUU 355 dah setel, ekonomi makin baik..masalah berkaitan bekalan air di kelantan dah selesai..paling penting, dapat jatuhkan kerajaan DAP. Itu fokus yang paling utama |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 17-4-2021 12:00 PM
Kalau dak2 twidder ni sama taraf ngan dak tiktok je. Tapi dak twidder lg teruk la sbb acah acah woke ...
Ok lah tu, at least dorg xder pemahaman yg undi parti lain dlm election dikira jatuhkan kerajaan....
Dorg faham konsep terbubarnya parlimen bermakna tiada lagi istilah "kerajaan" jadi dah x wujud istilah "jatuhkan kerajaan" |
|
|
|
|
|
|
|
bukan cerita baru.. tiap-tiap tahun tepuk dahi jugak tengok perangai menteri.
tukar la berpuluh kali pun, balik-balik set muka sama,
lepas tu kontroversi, lepas tu kantoi skandal, lepas tu kantoi rasuah, lepas tu buat benda bodo, cakap benda bodo, tapi elok ja tebal muka still jadi menteri.
rakyat tunggang-langgang. stail sekarang, selagi tak viral, selagi tu tak jalan.
yang kelakarnya, bila orang-orang ada Phd., Dr., Professor, pakar-pakar dalam bidang masing-masing complain, bagi nasihat, menteri tak nak dengar. "Eh, berhentila merungut. Bersyukur la banyak-banyak Malaysia ni ada itu ini."
ptuii |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali undilah org yg betul..bukan undi yg muka sama jer..alasan undi sebab depa bagi duit.... pasti bila yg menang dilantik jadi menteri...uols juga yg bising depa x buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg fail dari segi ekonomi dan penguatkuasaan sop covid. Tapi dari segi bantuan isinar dan cik mora tu iols puji. Banding dgn PHaprak lagi busuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Totally failed bila dah inject vaksin covid bukan pa..hat 40 org frontliner yg kena covid tu KKM kata simptom jangkitan ringan{:laugh{:laugh
Dah tu kawan aii kat fb yg pto gov kata DG asik dok provoke maheran dgn kluster & jumlah +ve setiap hari. 1st year yes semua follow SOP..tapi lepas semua sektor economy lifted..rakyat dah bebas bergerak tiba2 umum balik pkp pkpb pkpp apooo..sini dah nampak SOP double standard & makin mengarut. Negara luar dah boleh horey2 enjoy Malaysia makin teruk les covid-19. Biaq ja la maheran bebas bergerak macam biasa..just simple as kalau tak kena saman.. kena covid. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk citer 18 puasa kat astro 1st ade scene man rajalawak (pembantu setan kot watak die dlm tu) dlm neraka..die bg report kat bos die (namron) yg ahli politik ramai beratur kat pintu neraka haritu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku kerajaan n pembangkang sama2 GAGAL... dua kali 5... dr PRU sampai nak PRU balik xabis nk rebut kuasa.. MENIPU RAKYAT, MENIPU PENYOKONG.. xtau la nak undi siapa.. semua sama... |
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 17-4-2021 10:38 PM
lain kali undilah org yg betul..bukan undi yg muka sama jer..alasan undi sebab depa bagi duit.... pa ...
Nak undi sapa lagi? Dah tukar kerajaan pun muka yg sama je naik, bodo tak bersempadan jua kelayakan mereka
Tup2 tukar lagi kerajaan, muka yg samaaaa jugak pegang
Dah memang pesen tu je yg ada dalam politik
Nak undi sapa lagi???? |
|
|
|
|
|
|
|
Calon hilang deposit pun boleh dilantik jadi timbalan menteri. Bayangkan gagal tak gagal kerajaan ni. Macam takde MP yang layak. |
|
|
|
|
|
|
|
bobo_beck replied at 19-4-2021 09:42 AM
pada aku kerajaan n pembangkang sama2 GAGAL... dua kali 5... dr PRU sampai nak PRU balik xabis nk re ...
Kalau dsai macamana ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ciktiekus replied at 18-4-2021 09:35 AM
Kalau tgk citer 18 puasa kat astro 1st ade scene man rajalawak (pembantu setan kot watak die dlm tu) ...
Wah, dh bleh lakonkan scene neraka eh dlm filem...... |
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 19-4-2021 10:02 AM
Kalau dsai macamana ??
Nk bagi kat si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu? Baik bagi kat Abah Mahiaddin, kurang2 Abah Mahiaddin tu prihatin lg berpenjana....
dari si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata....dia tu harap haranjadah ja, haram x guna seduit |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 19-4-2021 11:03 AM
Nk bagi kat si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu? Baik bagi kat Abah Mahiaddin, ku ...
hehehe .. setakat mana abah cow ijau boleh nak memperjana. ?? Setakat hulur duit sampai bila boleh ?? Soal2 ekonomi , soal kekorupan polis dan segala masalah termasuk hal menteri takkan boleh tiup dengan baca doa aje. ?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|