Naim Daniel menerusi ciapannya di Twitter menyindir ahli politik, menteri khususnya yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan diri.
Kredit foto: IG
Meletakkan dirinya sebagai rakyat, penyanyi dan pelakon itu berkata dia melihat pelbagai perubahan dialami Malaysia sejak dilanda pandemik Covid-19 tahun lalu.
"Kita nampak perubahan ketara, ada baik buruknya kepada rakyat terutama mereka yang betul-betul terkesan sehingga terpaksa melakukan dua atau tiga kerja untuk meneruskan kehidupan. Malah, hingga ada yang terkorban nyawa seperti penghantar makanan misalnya," katanya kepada Gempak.
Kredit foto: Twitter
Naim bagaimanapun, menjelaskan bahawa dia tidak 'pukul rata' kenyataannya itu terhadap mana-mana pihak secara khusus.
"Sebagai rakyat, kita punya suara untuk apa yang berlaku. Tapi saya tidak pukul rata mana-mana pihak, namun kita tahu siapa yang lakukan tugas atau siapa yang melakukan tugas sambil lewa. Ini soal tanggungjawab.
"Apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat. Suka atau tidak, kita semua sedar apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa rakyat," ujarnya.
Kredit foto: IG
Katanya, rakyat tidak akan sembarangan meluahkan perasaan kalau mereka tidak merasakannya. - CARI
Post time 18-4-2021 02:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masalahnya mmg btl gov ni x bleh pki. Aku rs kalo menteri btl2 gentleman, ltk jwtn secara terhormat. Duit gaji dan elaun korang dibayar drp duit tax rakyat biasa yg keje smpi nak gila ni siang malam.
Post time 18-4-2021 04:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg aku sakit hati sgt ni
Sekolah buka
Parlimen x buka2
Vaksin xda utk bdk2
warga emas berisiko didahulukan
Apa alasan warga emas kat parlimen tu mkn gaji buta
Hanat btl
Post time 18-4-2021 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semoga lebih ramai lagi lah artis or celebrity yg berani bersuara menentang kerajaan skrg ni yg sangat incompetent. Fikir lah pulak rakyat lain yg terjejas pendapatan. Cukup2 lah wang rakyat di habiskan untuk bayar gaji n allowance menteri2 tak guna PNtat ni..