Ketika isu video muzik (MV) iklan raya mempromosikan judi secara atas talian menjadi perbualan hangat netizen, rupa-rupanya ada lagi selebriti lain yang turut menerima tawaran pengiklanan hampir serupa.
Mendedahkan mengenai perkara itu, pelakon Mona Allen memberitahu dia pernah dihubungi oleh ejen syarikat judi yang mahu bekerjasama dengannya di laman sosial, baru-baru ini.
Kredit foto: IG Mona
Tidak tertarik dengan tawaran individu berkenaan, Mona, 36, menolak kerjasama itu kerana bertentangan dengan agama.
Isteri kepada aktor Pekin Ibrahim ini turut memuat naik paparan perbualan mereka yang dihantar menerusi mesej peribadi.
Dalam perbualan itu, Mona menolak tawaran yang dibuat oleh seorang wanita yang mengaku merupakan pengurus di sebuah syarikat perjudian.
Kredit foto: IGStory/mStar
Berang dengan tindakan individu berkenaan, Mona membalas mesej tersebut dan mempersoalkan mengenai tawaran itu.
Mendengar jawapan Mona itu, wanita berkenaan segera memohon maaf dan menamatkan perbualan mereka.
Kredit foto: IGStory
Bagaimanapun, dalam perbualan itu tidak dinyatakan bentuk promosi atau pengiklanan yang perlu dilakukan Mona.
Sumber: mStar |