Niat seorang pengguna Facebook berkongsi aktivitinya membuat kuih raya bertukar menjadi medan nasihat apabila netizen berlumba-lumba memberikan tip.
Di grup Masak Apa Hari Ini (MAHN), Mimi menceritakan ketuhar pembakar yang digunakan oleh ibu mertuanya sudah berusia 50 tahun dan masih elok digunakan untuk membakar biskut raya.
Masalah bermula apabila ketuhar tersebut sebenarnya sudah berkarat hingga didakwa boleh membahayakan mereka yang memakan biskut raya tersebut. Betul ke?
Foto :FB
"Legend tu legend jugakla..Elok la dispray baru ... kang takut makan biskut karat je kang."
Majoriti netizen merasakan ketuhar pembakar yang berkarat akan membahayakan nyawa pengguna kerana karat tersebut mungkin terjatuh ke atas biskut. Impaknya lebih dasyat jika mereka yang memakannya adalah kanak-kanak atau warga mas.
Foto : FB
Foto : Werecipes
Netizen turut memberikan pelbagai nasihat supaya Mimi membelikan ketuhar yang baru kepada ibu mertua atau mengikis karat tersebut.
Foto : FB
Foto : IG
Jadi, apa pendapat anda? Beli baru atau kekalkan sahaja? - CARI
|