Seorang netizen di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.
"Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.
"Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah," kata netizen tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya.
"Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini," katanya ringkas.
Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikecam apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018.
Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: mStar