SYARAT TAMBAHAN SOP Untuk Bahagian Kuching, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri
GAMBAR fail menunjukkan pasukan keselamatan mengawal lalu lintas ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) di Daerah Sibu.
KUCHING: Kerajaan bersetuju dengan syarat-syarat tam- bahan atau garis panduan baharu dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Baha- gian Kuching, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, JPBNS telah menerima cadangan daripada beberapa bahagian tersebut berikutan peningkatan kes di kawasan masing-masing. “Maklumat lengkap ber- kenaan SOP ini akan dipaparkan pada ‘website’ Majlis Keselamatan Negara,” katanya ketika Sidang Media perkem- bangan Covid-19 di sini, semalam. Uggah juga menegaskan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dikehendaki agar terus tinggal di asrama atau di IPT. “Mereka tidak dibenarkan keluar dan dinasihatkan agar terus tinggal di asrama demi keselamatan diri dan keluarga,” tegasnya. Sementara itu, Pemangku Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Khusus bagi Zon Sibu, Zon Kanowit dan Zon Selangau berkuat kuasa pada 22 April ini. Menurutnya, PKP Khusus ini akan bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 26 April 2021. Justeru, semua perkhidmatan penting hanya dibenarkan untuk beroperasi pada kadar 50 peratus daripada kapasiti pekerja sahaja. Waktu operasi dibenarkan adalah dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja, manakala operasi bagi sektor lain adalah tidak dibenarkan. Selain itu, bilangan individu dalam kenderaan persendirian adalah dihadkan kepada tiga orang sahaja. Restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi secara membawa pulang (take away) atau penghantaran (deli- very). Makan di kedai (Dine-in) adalah tidak dibenarkan. Pada masa sama, akti- viti sukan atau riadah juga tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan PKP Khusus terbabit. Sementara itu, aktiviti ke- agamaan adalah tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri bagi Agama Islam dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi agama lain.
|