CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 5

[Sarawak] Jalan Nangga Ngemah-Temalat dibuka tanpa berjadual

[Copy link]
Post time 21-4-2021 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Berita terdahulu ...

SIBU: Orang ramai begitu teruja untuk melalui Jalan Kanowit/Song/Kapit yang menjanjikan panorama bergunung-ganang dan berbukit-bukau indah, apabila jalan tersebut yang menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan di Bahagian Kapit mulai dibuka pada 4 Oktober lalu.

Malah, Utusan Sarawak tidak melepaskan peluang melalui jalan tersebut semasa membuat liputan Rombongan Ekspedisi Bermotosikal Sibu-Kapit Melalui Jalan Darat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 4 Oktober lalu.

Sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut sudah pasti merasa teruja melihat pemandangan indah, dalam ucapan Ketua Menteri baru-baru ini telah mencadangkan pemandangan tersebut sesuai untuk dijadikan pengambaran filem dan berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong untuk datang ke bahagian tersebut.

Projek pembinaan Jalan Kanowit/Song/Kapit sepanjang 101 kilometer itu melibatkan peruntukan sebanyak RM751,889,205.42.

Projek pembinaannya bermula dari Jambatan Kanowit ke Kapit melibatkan tiga pakej iaitu A,B dan C, komponen utamanya pembinaan tiga buah jambatan dengan R3 Standard Single Carriageway (Tar Sealad).

Bagaimanapun, jalan tersebut sehingga kini masih belum siap sepenuhnya di Section B iaitu Jalan Nanga Ngemah/Nanga Temalat.

Demi untuk kemudahan rakyat di bahagian tersebut amnya, Ketua Menteri ketika lawatannya ke Kapit mencadangkan jalan tersebut di jajaran Jalan Nanga Ngemah/Nanga Temalat dibuka kepada orang ramai secara berjadual kepada orang ramai.

Hal ini bagi memberikan laluan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan jalan yang masih belum siap sepenuhnya.

Jalan Nanga Ngemah/Nanga Temalat dibuka dari Isnin hingga Ahad kepada orang ramai mulai jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi, 12 tengah hari hingga 1.30 petang dan 6.00 petang hingga 9.00 malam.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial semalam, adalah tidak mustahil jalan tersebut menjadi sesak dengan ratusan kenderaan beratur panjang menunggu jalan tersebut dibuka.

Ia adalah disebabkan orang ramai menunggu masa jalan tersebut dibuka.

Tambahan pula disebabkan waktu hujung minggu sebegini sudah pastinya ramai yang mahu mencuba melalui jalan tersebut sama ada hendak ke Song dan Kapit atau dari Kapit ke Sibu.


Oleh Nurzilla Mohamad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 09:56 AM | Show all posts
KAPIT: Laluan Jalan Temalat-Song akan terus dibuka kepada orang awam secara berjadual.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata, jalan tersebut masih belum siap sepenuhnya namun atas keprihatinan dan nasihat Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr AbangJohari Tun Openg, orang ramai dibenarkan melalui laluan berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa Lawatan Kerja Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Jambatan Nanga Mujong di Kapit, semalam.

Jelasnya, sebelum ini banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana menutup laluan tersebut dan tular di media orang awam terpaksa menggunakan jalan balak dan kelapa sawit.

Sementara itu, beliau juga berharap tidak timbul isu kerajaan negeri memberi janji kosong kepada rakyat dalam pelaksanaan projek jalan Mujong ke Tunoh sepanjang 77 kilometer yang menggunakan kos sebanyak RM550 juta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 09:58 AM | Show all posts
dulu ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 10:01 AM | Show all posts
Sekarang ...
dah tiada sekatan mengikut jadual...


harap berterusan ...


Gate Ngemah sudah tiada.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 10:10 AM | Show all posts
dulu2 ... sekatan jalan berjadual...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 10:17 AM | Show all posts


jalan dah d buka sepenuh nya ... tapi masih perlu permit polis nak kemana mana ... lagi2 Sibu zone merah



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057204 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list