|
Bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-43, pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob telah berbesar hati untuk menyerahkan sumbangan berbentuk 100 pek makanan buat rider penghantar makanan dan juga orang awam.
Jelas Datuk Fazley, sepanjang sesi penyerahan tersebut berlangsung, dia telah bertemu dengan bermacam-macam orang antaranya peminta sedekah, penjual tisu, para gelandangan dan ramai lagi.
Kredit foto: IG
“100 PEK MAKANAN SEMPENA BIRTHDAY SAYA! Sempena Ramadan dan ulang tahun saya yang ke 43, saya bersama team restoran saya @malamala_my menyediakan 100 bungkus makanan buat rider dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan-kawasan yang saya pergi.
“Saya berniat nak bagi makan untuk berbuka puasa. Pelbagai orang yang saya jumpa semasa pengagihan makanan itu.
“Selain riders, ada juga anak-anak kecil meminta sedekah, yang menjual tisu, pakcik-pakcik dari golongan gelandangan, anak-anak muda sedang menunggu waktu berbuka, orang asing, pejalan kaki on the way mencari juadah berbuka, juga sekumpulan skateboarders.
“Dalam masa singkat tu dapat beramah mesra dengan ramai orang. Buat saya rasa happy sangat,” tulisnya.
Usaha murni tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi sebuah video berdurasi hampir dua minit yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, dia berasa sangat gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang untuk beramah mesra bersama orang ramai.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Datuk Fazley akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, bapa kepada empat orang anak ini telah pun menyambut hari kelahirannya yang ke-43 tahun pada 18 April lalu. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|