Edited by natrahn at 4-5-2021 03:43 PM
Boleh bikin darah mendidih apabila kucing liar yang muncul di kediaman tiba-tiba kecing atau berak merata-rata hingga meninggalkan bau busuk.
Pernah dengar petua mengisi air sirap dalam botol? Ha, ada lagi beberapa cara boleh anda cuba bagi menghalang kucing daripada membuang di kawasan rumah kita.
1) Letak Air Merah (Air Sirap) Dalam Botol
Khabarnya kucing takut dengan warna merah, jadi mereka tak akan datang dekat. Menjadi atau tidak, itu belakang kira. Apa yang penting, kita ikhtiar dulu.
Isi air yang dicampur dengan sirap ros atau pewarna merah ke dalam botol kosong kemudian di tempat yang kucing selalu datang.
2) Siram Minyak Tanah
Bau minyak tanah yang sangat kuat berpotensi menghalau kucing berlegar-legar di kawasan rumah anda.
Bukan saja menghalau kucing, minyak tanah juga boleh menghapuskan semut yang mungkin bersarang dan berkerumun di halaman rumah anda.
3) Ubat Gegat
Penggunaan ubat gegat juga sesuai untuk menghalau serangga terutamanya lipas. Ia juga dikatakan berkesan untuk menghalau kucing.
Namun, perlu berhati-hati sekiranya ada anak kecik di rumah, takut ada yang menyangka ia gula-gula pula.
4) Ubat Halau Kucing/Cat Repellant
Ada ubat yang memang dibuat khas untuk menghalau kucing. Anda boleh beli secara dalam talian atau membelinya di pasaraya serbaneka.
Hanya taburkan di tempat kawasan kegemaran kucing.
5) Letak Memo
Pernah warga maya berkongsi petua, menulis memo pada haiwan perosak seperti tikus yang bermaharajela di rumahnya. Walaupun kita tahu tikus lazimnya buta huruf, namun tak sangka petua itu berkesan.
Apa kata anda menggunakan kaedah yang sama pada kucing juga. Mana tahu mungkin berkesan kan?
6) Air Cuka
Hanya campurkan air dan cuka untuk disembur pada kawasan yang dijadikan kucing sebagai tandas mereka.
Bau masam cuka turut menghilangkan kesan yang dah ditinggalkan kucing. Lazimnya akan menghindar ia dari datang lagi untuk "melepas".
Sekiranya anda kurang gemar bau cuka, anda boleh campurkan juga 1/4 / beberapa titis sabun cecair atau pelembut kain ke dalam campuran air cuka tadi.
7) Air Clorox (Peluntur)
Campurkan peluntur tu dengan air dan tuangkan pada tempat yang kucing dah berak.
8) Serai Wangi
Serai wangi juga dikenali ramai untuk menghalau haiwan dan serangga. Khabarnya, kucing memang tak suka dengan bau serai, jadi anda boleh beli produk berasaskan serai wangi atau serai dan semburkan di kawasan kucing asyik melepas hajat.
Kredit foto: Everything CSM
Selain tu, boleh juga guna untuk dalam rumah seperti di dapur atau bilik jika ada masalah serangga perosak lain.
9) Limau Kasturi
Kredit foto: KOSASS(UPM)
Fungsi limau kasturi lebih kurang sama dengan cuka sebab kucing tak suka dengan bau seumpamanya. Perahkan saja pada tempat yang selalu ada najis kucing.
10) Minyak Goreng Ikan
Kredit foto: Vanilla Kismis
Ada juga petua yang dikongsikan dari warga maya menggunakan minyak goreng ikan kerana kucing takkan berak di tempat makanan berada.
11) Serbuk Sulfur (Belerang)
Boleh cuba taburkan belerang, tapi perlu dibuat dengan berhati-hati dan mematuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.
Kredit foto: FJB Kaskus
Sebagai bonus, serbuk sulfur ini sebenarnya boleh juga diguna untuk menurunkan tahap pH beralkali dalam tanah dan memberi kelebihan pada yang suka bercucuk tanam.
12) Lada Hitam
Kredit foto: HelloDoktor.com
Bahan semula jadi ini boleh digunakan untuk menghalau kucing. Didihkan air dan masukkan 1-2 sudu besar lada hitam dan sembur di tempat yang menjadi kebiasaan kucing tadi.
13) Serbuk Pencuci Baju
Kredit foto: Appliances Online
Tabur serbuk pencuci baju di halaman rumah dan di tempat yang tidak terkena air. Sebaik-baiknya, tabur pada hari yang panas terik supaya serbuk tidak ditiup angin dan hilang keberkesanannya.
Kalau susah sangat dan merasakan semua cara di atas susah, sembur saja air pada kucing yang sering berkeliaran untuk melepaskan hajat di kawasan rumah anda.
Kredit foto: Yahoo News Singapore
Namun, kaedah ini agak terhad dan hanya boleh dilaksanakan bila kebetulan nampak kucing tu nak "melepas" di halaman rumah anda.
Selamat mencuba!
Kredit artikel - PropertyGuru |