View: 5589|Reply: 30
|
Nikmat Kahwin 10 Hari Je, Hidup Seorang Dalam Rumah Penuh Sisa Plastik, Botol Da
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Langit tidak selalunya cerah. Itulah ungkapan menggambarkan kebahagiaan seorang warga emas yang hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama 10 hari sebelum bercerai, sejak lebih 30 tahun lalu.
Tempoh perkahwinan singkat itu seakan mimpi bagi Wan Ali Wan Abdullah, 78, kerana rumah tangga dibina berakhir dengan perpisahan, namun dia reda jodoh tidak panjang.
Namun, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang anak hasil daripada perkahwinan singkat itu.
Foto: Harian Metro
Wan Ali yang turut mengalami masalah pendengaran berkata, selepas bercerai dengan bekas isterinya, anaknya pernah mengajak tinggal bersama di Kuala Lumpur, namun dia menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak serta menantunya.
"Sebelum ini pak cik tinggal bersama anak saudara, namun pak cik keluar dari rumah itu sejak tujuh bulan lalu kerana tidak mahu membebankan mereka dan kini tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM120 sebulan.
"ak cik bernasib baik kerana ada pihak sudi membantu menyambung bekalan elektrik dan menyediakan kemudahan enjin air bagi memudahkan rutin harian untuk mandi dan membasuh pakaian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kehidupan, selain anak yang menetap di Kuala Lumpur mengirimkan wang belanja.
Katanya, ada ketikanya, jiran tetangga menghulurkan makanan kerana memahami pergerakannya agak terbatas.
Lebih menyedihkan, rumah sewa didiami Wan Ali kini dipenuhi dengan sisa plastik, botol dan bekas makanan disebabkan dia tidak mempunyai kudrat untuk melakukan kerja rumah dan hanya mampu mengengsot selepas cedera pada saraf pinggul akibat terjatuh.
"ak cik tidak tahu apa kesudahan nasib, namun jika ini sudah tertulis perjalanan hidup pak cik seperti ini dengan menghabiskan sisa usia tua seorang diri, pak cik perlu reda dan menganggap ia ujian Allah.
"Alhamdulillah, walaupun mengalami masalah darah tinggi, pak cik masih mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa perlu membebankan orang lain," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03010-41-00020329-0 atas nama Wan Ali Wan Abdullah. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal bersama dengan anak sendiri pun kdg2 ada masalah, apatah lagi kalau dok dgn anak saudara.. tu yg pakcik ni pindah duduk sendiri agaknya.. moga dipermudahkan segala urusan pakcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup menumpang ni payah.
Bak kata lagu jalak lenteng
Sakitsungguhkena jelatang
Sakit tak boleh ...sakit tak boleh kubawa mandi hai kubawa mandi...
Sakitlah sungguh... sakitlah sungguh hidup menumpang
Sakit tak boleh... sakit tak boleh kehendak hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Siye pulok ko pakcik, mno lah gi ahli parlimen pengkalan chepa ni??? Thu lah demo jdi timbln menteri dh, tpi kebajikan rakyat tu lagu mno |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu Ebit datang! Insyaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Duk dgn anak pun x mau, lebih elok htr pakcik ni tinggal kt rmh2 org tua je, terurus sikit, ada rakan2 seusia, hidup terurus, tak perlu la lg bantuan duit tu...
Apa guna bg rumah baru, peralatan rmh baru kalau nk uruskn diri sendiri pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 21-4-2021 04:51 PM
Duk dgn anak pun x mau, lebih elok htr pakcik ni tinggal kt rmh2 org tua je, terurus sikit, ada raka ...
Betul tu..nampak kejam..tp rs lebih baik..at least terjaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, baik diletakkan di rumah orang2 tua |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 21-4-2021 04:51 PM
Duk dgn anak pun x mau, lebih elok htr pakcik ni tinggal kt rmh2 org tua je, terurus sikit, ada raka ...
Betol. Byk rumah2 jagaan warga tua yg percuma kalo xmampu yg bbyr. Molek je depa jg,yg xsihat mmg on-time mkn ubt & bwk p appointments. Terjaga. Tp tu lah,rumah org tua ni topik taboo bg org kite. Sggup biar hidup mcm ni dr hantar ke sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun hnya 10hari.
Tetapi kebun pck ni berkata mengeluarkn hasil |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju pakcik sepatutnya duduk rumah org tua. Lebih terjaga..skrg pun pakcik bukan duduk dgn anak pun. At least kt rumah org tua ada yang boleh tengok2 kan makan, pakai, kesihatan..
Bagi akaun untuk derma kenapa ya. pakcik ni dpt bantuan, anak pun bagi duit.. Duit derma tu nanti sapa yang akan uruskan, pakcik ni pun jalan mengesot.. |
|
|
|
|
|
|
|
tokchik: Walaupun hnya 10hari.Tetapi kebun pck ni berkata mengeluarkn hasil
Asalkan rajin bercucuk tanam.{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
syaz_lina: Kesiannya, baik diletakkan di rumah orang2 tua
Makcik iol sengaja tanya rumah orang tua2 , (kot2 anak esok taknak jaga , sheol menyakat anak2 dia sebenarnya) , antara soalannya, makcik ada pencen? ... haa gitu... patutlah tak semua orang tua boleh masuk rumah orang tua2.
|
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 21-4-2021 08:16 PM
Makcik iol sengaja tanya rumah orang tua2 , (kot2 anak esok taknak jaga , sheol menyakat anak2 d ...
Sebulan range 1500-2500. Iolls hantar nenek sebab memang x de kudrat nak jaga sebab dia nyanyuk dan byk kali jatuh dalam bilik sendiri. Susah nak bagi penjagaan rapi pada dia. Sebulan 1750. Tapi memang ok sgt la dia jaga. Profesional kan. Bila2 nak ambil.bawak balik boleh je. Cuma covid ni, diorg x galakkan balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 21-4-2021 08:46 PM
Sebulan range 1500-2500. Iolls hantar nenek sebab memang x de kudrat nak jaga sebab dia nyanyuk da ...
Ini dekat kl ke |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak tinggal sesorang mcm to.. Baik letak rumah org tua laa pd biar pkcik nie sesorg. Tapi kan rumh org tua kt area iols nie xterima org tua yang ada ank. Just terima org tua yg xder sapa2 jer. Xtau laa kot dh brubah syarat dia skrg |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia elok gak bg duit kan..ptt cr org upah bersihkan umah tu lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 21-4-2021 08:46 PM
Sebulan range 1500-2500. Iolls hantar nenek sebab memang x de kudrat nak jaga sebab dia nyanyuk da ...
Boleh tahan harganya. As long as dorang jaga betul2 penuh perhatian , berbaloi jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni ada rumah orang tua2 yang jaga betul2 dan bukan macama rumah orang tua2 welfare.
Ada yang yang di Kajang, setiap hari ada kelas agama, solat berjemaah dan ada resident doctor. Memang fees mahal lah. Kebayakkan yang duduk ni yang mana anak2 sibuk bekerja pada weekdays and weekend mereka akan balik kerumah anak2.
Satu lagi tak silap ada di Shah Alam
|
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 21-4-2021 10:19 PM
Sekarang ni ada rumah orang tua2 yang jaga betul2 dan bukan macama rumah orang tua2 welfare.
Ad ...
Akan datang mmg perlu banyak lagi tempat2 macam ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|