CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 4

[Sarawak] PKP Khusus di Sibu 22nd April sehingga 26th 2021

[Copy link]
Post time 23-4-2021 07:01 AM | Show all posts |Read mode
PKP Khusus Zon Sibu,Kanowit,Selangau
SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu telah bersetuju untuk melaksanakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khusus bagi Zon Sibu, Kanowit dan Selangau berkuatkuasa 22 April hingga 26 April 2021.

Semua perkhidmatan perlu hanya dibenarkan untuk beroperasi pada kadar 50% kapasiti pekerja sahaja. Waktu operasi dibenarkan adalah dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. Manakala operasi bagi sektor lain adalah tidak dibenarkan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2021 07:03 AM | Show all posts
Hari pertama PKP Khusus di Sibu Pergerakan, aliran trafik perlahan



SIBU: Hari pertama pelaksanaan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Khusus dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan, di sini mendapati pergerakan di bandar ini sangat perlahan.

Tinjauan hampir sejam di pusat bandar pada jam 10.30 pagi tadi, aliran lalu lintas tidak sesibuk seperti sebelum ini walaupun Sibu sudah kali kedua diletak di bawah pelaksanaan PKP tahun ini.

Bilangan kenderaan juga berkurangan sama seperti hari pertama PKP di Sibu pada pertengahan Januari lalu berikutan sektor tidak penting tidak dibenarkan beroperasi.

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Khusus dengan SOP diperketatkan disambut baik dan diharap ia berkekalan sehingga 26 April ini.

Jalan Kampung Nyabor, Jalan Sentral, Jalan Wong Nai Siong, Jalan Market, Jalan Lanang, Jalan Khoo Peng Loong, dan Jalan Maju antara jalan yang paling sibuk pada di Sibu setiap hari namun pada hari ini laluannya didapati lengang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 07:05 AM | Show all posts





Demikian juga dengan pusat bandar Sibu, kerana orang ramai tidak lagi ke sana ke sini kerana akur dengan arahan kerajaan.

Pada Selasa, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) telah mengisytiharkan daerah Sibu, Selangau dan Kanowit akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Khusus dengan SOP diperketatkan setelah masing-masing mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi dalam laporan hariannya.

Perlaksanaan ini bermula pada tengah malam tadi hingga 26 April ini jam 11.59 malam.

Semua perkhidmatan perlu (essential services) hanya dibenarkan untuk beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti pekerja sahaja.

Waktu operasi dibenarkan adalah dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam.

Bilangan individu dalam kenderaan persendirian adalah dihadkan kepada tiga orang sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 07:09 AM | Show all posts
PKP Khusus Sibu: Ruang pantri pejabat kerajaan turut diarah tutup

SIBU: Susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Khusus (PKPK), semua pantri agensi kerajaan di sini juga diarahkan tutup.

Perkara ini dimaklumkan oleh Penyelaras Jawatankuasanya Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee ketika sidang media di Pejabat Residen Sibu lewat petang tadi.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Kesihatan Awam di negeri ini berkata, surat pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan secepat mungkin bagi menutup mana-mana bilik kecil atau ruangan kecil di pejabat dan premis.

“Pemangku Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng akan mengedarkan surat pekeliling ini dengan kadar segera kerana didapati boleh berlaku jangkitan apabila berada di bilik kecil ini.

Biasanya di dalam pantri orang tidak memakai pelitup muka. Kami selalu menasihati kakitangan supaya tidak makan di bilik kecil ini,” tegas Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu.

Selain itu, beliau juga mahu majikan mengarahkan semua kakitangan sokongan mereka termasuk pengawal keselamatan, pemandu dan tukang cuci untuk menjalani ujian calitan Covid-19.

Bagaimanapun kata Dr Annuar, pihaknya tidak menyalahkan majikan sebagai penyebab penularan tetapi mahu mencari punca penularan.

Beliau juga mendapati pemandu syarikat juga berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana sering bergerak dan berpotensi membentuk kluster baharu jika mereka dijangkiti.

Beliau menasihati kakitangan sokongan ini untuk menjalani dua calitan kerana biasanya calitan pertama tidak dapat mengesan virus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 09:12 AM | Show all posts
Pematuhan SOP ‘senjata’ terkuat hadapi Covid-19


KAUNSELOR Henry Kanyan Vicent Rawing

SIBU: Kerjasama semua pihak dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) merupakan ‘senjata’ terkuat dan paling berkesan untuk melawan Covid-19.

Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, semua pihak harus memberikan perhatian serius dalam penularan pandemik berbahaya itu yang sehingga kini semakin meningkat di Sarawak.

“Perkara itu (pematuhan SOP) jelas ketara ketika pandemik berbahaya itu menular di kawasan Pasai Siong pada awal Januari lalu. Ini diikuti kawasan flat dan perumahan Town Villa di Sibujaya, sebelum menular ke kawasan Sentosa dan Tiong Hua.

“Ketika itu, selain pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan termasuk Pengesanan Kes Aktif (ACD), sekatan pergerakan dan sebagainya, pematuhan SOP yang ketat masyarakat di kawasan-kawasan tersebut telah membawa kejayaan untuk menurunkan jumlah kes positif Covid-19 di kawasan terbabit.

“Apa yang saya hendak tekankan di sini, semua pihak harus mematuhi SOP bagi menyokong setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan,” jelasnya.

Menurutnya, trend peningkatan semula kes positif Covid-19 di daerah Sibu ketika ini membimbangkan semua pihak kerana ia memberikan kesan terhadap pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

“Justeru, norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, kebersihan tangan, penjarakan fizikal, kuarantin dan vaksinasi merupakan langkah asas SOP yang perlu dipatuhi semua pihak,” ujarnya.

Kaunselor Henry yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berharap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) diberikan kuasa dan keupayaan untuk bersama-sama memerangi pandemik berbahaya itu.

“Ayuh, marilah kita bersama berganding bahu memutuskan penularan Covid-19 dalam masyarakat,” ujarnya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.445982 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list