Sejak awal Februari lalu, jemaah surau/masjid di seluruh negara telah dibenarkan kembali menunaikan solat Jumaat dengan dengan kapasiti separuh daripada keluasan surau/masjid berserta SOP ketat yang perlu dipatuhi.
Oleh kerana kapasti terhad ini, jemaah perlu hadir lebih awal bagi memastikan mereka mendapat tempat untuk solat.
Namun, perkongsian pemuda ini agak menyedihkan kerana walaupun beliau hadir awal ke masjid dengan harapan dapat saf pertama atau solat di belakang Imam, ruangan tersebut rupanya telah dikhaskan untuk golongan VVIP.
Ciapan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang merasakan dalam tempat ibadah pun ada kasta yang menentukan kedudukan jemaah.
|