LENGGOK irama Melayu, menguji kelunakan vokal Aina menyanyikan Syukur Lebaran.
MENJENGAH masuk ke pertengahan Ramadan, ramai penyanyi tanah air yang mula mengeluarkan lagu bersempena Aidilfitri. Walaupun jumlah karya dan kemeriahannya tidak serancak dahulu, namun, masih ada beberapa penyanyi yang sudi mengimarahkan semangat beraya.
Antara yang baru sahaja melancarkan lagu sempena Aidilfitri adalah Aina Abdul, yang tampil dengan lagu berjudul Syukur Lebaran. Karya ini juga menjadi lagu Aidilfitri kedua, pernah dikeluarkan Aina selepas Syahdu Di Pagi Syawal yang dilancarkan tahun lalu.
Berbeza dengan karya terdahulu, kali ini Aina mempertaruhkan lagu berentak tradisional dengan menyuntik elemen joget. Tidak bersendirian, karya ini dihasilkan secara kolaborasi dengan gurunya, Sarry Khaled merangkap komposer bersama.
Sementara itu, Aina juga menggunakan khidmat penyusun muzik, Mohd Fairuz dalam memberikan susunan muzik bersesuaian dengan perayaan Aidilfitri.
Seperti yang dijelaskan Aina dalam ruangan keterangan di saluran YouTubenya, ini adalah lagu yang menjadi umpama hadiah buat peminat-peminatnya yang ingin mendengar dendangan lagu tradisional daripadanya.
AIDILFITRI masih tetap dirai, meski tak dapat merentas negeri balik ke kampung.
Dari segi melodi, Syukur Lebaran benar-benar mampu membawa pendengar merasai suasana Aidilfitri. Saya sendiri yang juga perantau di ibu kota mampu tersenyum, tatkala lagu ini didendangkan.
Walaupun kita sebagai perantau belum tahu sama ada bakal diizinkan untuk merentas sempadan negeri bagi meraikan lebaran bersama keluarga, sedikit sebanyak, apabila mendengar Syukur Lebaran, semangat untuk menyambut Aidilfitri itu semakin kuat.
Elemen tradisional terutamanya joget umpama membawa satu perasaan gembira buat setiap yang mendengar. Seperti lagu-lagu Aidilfitri yang menjadi malar hijau, kebanyakannya adalah lagu yang disuntik elemen tradisional.
Jika kita lihat kepada rangkaian lagu Aidilfitri yang mendapat sambutan, tentunya lagu berentak tradisional akan lebih menjadi perhatian dan paling diingati berbanding lagu Aidilfitri berentak moden.
Ada beberapa bahagian dalam lagu Syukur Lebaran yang menyelitkan dialog ringkas umpama menggambarkan keriangan menyambut Aidilfitri di desa tercinta bersama keluarga.
Dari segi vokal Aina, tidak ada apa yang perlu dipertikaikan. Kalau ada yang menganggap Aina hanya mampu melantunkan lagu-lagu balada dan R&B, Syukur Lebaran membuktikan kemampuan Aina untuk mendendangkan lenggok dan cengkok irama Melayu tradisional.
Tidak mustahil sekiranya Syukur Lebaran akan mampu menjadi satu lagi karya 'malar hijau' setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
Lagu: Syukur Lebaran
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul, Sarry Khaled
Lirik: Wan Zakaria
Terbitan & edaran: Believe Music (mewakili Mekar Jaya Enterprise)
Walaupun vibe serta melodi nya biasa pada aku, I mean tak cukup catchy tapi ok la dari lagi yang Alip Syukri dok post kat FB tu Allahuakbar.. eh puasa.. cukup sampai situ lain ko tambah la dalam hati..
Post time 30-4-2021 10:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lelli replied at 30-4-2021 09:34 PM
Yg ni ok x?
Lirik die general je
Tp Dgn mv nmpk lh kena dgn situasi covid smpikn x blh blik raya 2 thn berturut2 ni
Melodi pun sedap sungguhpun lagu ballad raya sgt lh ssh nk hit
Dr segi persembahan vokal
For me personally part lelaki sgt weak
Xrs langsung, guna auto tune pun gini je hasilnya?
Seeloknya jdkn lagu duet nana dgn shila je
Part dorg br rasa jiwa dan cerita yg nk disampaikan dlm lagu ni
Seriously better record blik dorg berdua je atau part lelaki ambik hafiz dgn black