Kredit foto : Instagram Francisca Luhong, Majalah Remaja
Busana rekaan pereka duo terkenal Rizman Ruzaini akan menjadi salah satu pakaian rasmi bagi kategori gaun malam untuk pertandingan Miss Universe 2020 yang dijadualkan berlangsung di Hollywood, Florida, Amerika Syarikat pada Mei ini.
Bakal digayakan wakil Miss Universe 2020 Malaysia, Francisca Luhong, busana yang diinspirasikan daripada karakter Puteri Sejinjang, seorang puteri raja yang disumpah menjadi sebuah pulau itu merupakan refleksi kepada budaya dan identiti Francisca sendiri yang berasal dari Sarawak dan berdarah Kayan, Kenyah dan Iban. Warna biru gaun menggambarkan lautan terbentang luas manakala batuan pada gaun tersebut mewakili persisiran pantai.
Kredit foto : Instagram Miss Universe Malaysia
Kali terakhir rekaan Rizman Ruzaini terpilih ke pertandingan Miss Universe adalah untuk Miss Universe 2016, gaun malam berkonsepkan futuristik untuk wakil Malaysia, Kiran Jassal.
|