Edited by mbhcsf at 28-4-2021 07:11 PM
9. Kesempurnaan insan dikaitkan dengan keadaan tatkala
berfungsinya daya-daya dalaman diri insan sesuai dengan tuntutan
fitrahnya. Inilah yang menjadi punca kepada terbitnya budi pekerti
utama atau ibu bagi segala budi pekerti (ummahat al-fadhail) dalam
diri insan yakni bijaksana (hikmah), berani (shaja‘ah). ‘iffah, dan adil
(‘adl). Jika daya-daya dalaman ini tidak berfungsi sesuai dengan
tuntutan fitrah, maka akan lahirlah sifat-sifat buruk yang
merendahkan kemuliaan insan (al-radhail). Oleh sebab itu,
pendidikan akhlaq yang berakarumbikan adab akan memberi
perhatian utama dan berterusan bagi mempersiapkan dan
melengkapkan seseorang individu dengan keadaan yang
melayakkannya dianugerahkan oleh Allah akan ibu bagi segala budi
pekerti ini, iaitu al-hikmah yang berkait dengan keutamaan ‘aqal; alshaja’ah yang berkait dengan keutamaan fakulti al-ghadabiyyah;
al-‘iffat yang berkait dengan keutamaan fakulti al-shahwaniyyah;
dan al-‘adl yang merujuk kepada natijah daripada tercapainya
ketiga-tiga keutamaan sebelumnya.
10. Apabila manusia terdorong untuk melakukan sesuatu perkara,
maka dorongannya itu akan dipacu oleh fakulti al-shahwaniyyah dan
fakulti al-ghadabiyyah. Walau bagaimanapun, kecenderungan asal
bagi kedua-dua fakulti ini adalah ke arah melakukan perkaraperkara yang terkeji (mazmumah) seperti kejumudan akal budi dan
melampaui batasan kebenaran yang merujuk kepada fakulti alshahwaniyyah, dan bacul dan melakukan sesuatu tindakan secara
membuta-tuli bagi fakulti al-ghadabiyyah. Kedua-duanya ibarat air
yang mencurah dari gunung, merempuh apa saja yang dilaluinya
bagi membebaskan dirinya.
11. Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dikawal dan diawasi oleh
fakulti yang lebih tinggi daripadanya, yakni yang merujuk kepada
fakulti yang terkandung dalam diri ‘aqali. Inilah satu perkara yang
berlaku ketika kita mengamalkan ibadah puasa. Melalui kawalan dan
pengawasan ini maka lahirlah salah satu budi pekerti utama yang
disebut sebagai shaja’ah (keberanian/courage), yakni kekuatan akal
budi yang berakarumbikan keyakinan tanpa shakk, zan dan waham
yang digerakkan dengan istiqamah untuk menegakkan kebenaran
dan menghapuskan kebatilan, manakala kawalan dan pengawasan
pada fakulti al-shahwaniyyah pula akan melahirkan salah satu budi
pekerti utama yang disebut ‘iffah. ‘Iffah bermaksud keadaan diri
seseorang yang berdaya kuasa mengenakan batasan kebenaran
(the limit of truth) terhadap segala kemahuan nafsunya supaya
kemahuan tersebut tidak sampai ke peringkat yang melampaui
batas agama, contohnya, tidak tamak dalam mencari kekayaan, dan
tidak merampas hak orang lain dalam mengejar keuntungan.
|