"Jangan mudah iktiraf kumpulan 'artis perompak' atau lebih tepatnya, 'artis YouTube' kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar," kata penyanyi popular, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman.
Justeru, Awie memohon persatuan yang mengendalikan industri hiburan di negara ini bersikap lebih peka sebelum mengiktiraf kumpulan 'artis Youtube' yang diibaratkannya sebagai 'pengacau' akan merosakkan industri seni tanah air jika tidak dikawal.
Kredit foto: Kosmo!
Menurutnya, dia sendiri pernah membicarakan mengenai apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi artis pada masa kini hanya dengan mengambil lagu orang lain dan kemudian nyanyikan di YouTube, mereka sudah boleh dianggap penyanyi?
"Kalaulah macam itu, habis kita yang susah tebas jalan, buat 10 lagu untuk satu album dan sanggup keluar berpuluh ribu ringgit, tiba-tiba mereka yang keluar satu single dan menyanyikan lagu penyanyi asal, contohnya lagu saya yang masih hidup lagi, apa yang kita rasa bila orang (pendengar) terus angkat dia?" ujarnya.
Tegas Awie, artis YouTube tidak melalui proses yang, jadi kewujudan mereka perlu dikawal daripada berleluasa.
"Dulu, kita sibuk sangat asyik nak perangi cetak rompak tapi sekarang, lepas mereka ini (artis YouTube) keluar, nampak 'follower' bagus, TV pun panggil dan akhirnya, mereka ini yang sebenarnya mencetak rompak hasil karya seni daripada kami (penyanyi asal).
"Jadi saya minta pada persatuan-persatuan hiburan tanah air yang aktif supaya ketatkan sedikit undang-undang macam mana cara mereka ini (artis YouTube) untuk duduk dalam industri, sekurang-kurangnya buatlah satu album dengan 10 lagu dahulu," katanya.
AWIE hadir pada sidang media di Melaka, baru-baru ini.
Kredit foto: Harian Metro
Tambah Awie, bila mereka sudah ada lagu sendiri, barulah boleh dipertimbangkan untuk mengiktiraf artis YouTube sebagai artis atau penyanyi.
"Janganlah 'panjat' (nyanyi) lagu orang itu, panjat lagu orang ini, lepas itu kau ubah sikit begitu dan begini.
"Saya tak nak benda macam ini yang akhirnya merosakkan industri kerana kita nak artis yang asli, yang betul-betul ada perjuangan, ada imej dan ada karakternya sendiri," katanya.
Hmm backwardnya pemikiran dia ni, art creation is subjective. in this case, if you cant beat them then join them le.. atuk awie tidak akan dapat melawan arus cyber fame. kalau di lihat dengan kasar, lagi banyak pros dari cons nya kewujudan youtube yang cover2 ni.. tolong lah sebelum tok awie keluarkan statement begini selidik dulu ye? makasih.. ps : rezeki tu milik semua
Post time 30-4-2021 09:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dah tu yang nyanyi2 kat kelab segala tu pon memang karier dia penyanyi khens? memang keja nyanyi lagu orang jah sebab takde lagu sendiri? takde pon bising cetak rompak lah panjat2 lah bagai?
Post time 30-4-2021 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalo nak kena ada album sendiri lagu sendiri bagai nah si ina munger ni pon mampoo ado album sendiri lagu2 dia sendiri? tapi layak ke nak diiktiraf sebagai penyanyi pon?
Post time 30-4-2021 11:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Begitulah putaran roda kehidupan tokwi.. zaman kita dulu2 sudah jauh ketinggalan..x kisahlah siapa yg tebang buat jalan ke hapa.. tokwi tgk tokti, tokti sentiasa mengupdate kan diri dgn peredaran dunia semasa walau kadang2 hasilnya agak hauk.. tokti byk bergaul dan belajar dan menimba pengalaman dgn retis BBNU..
Post time 2-5-2021 06:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Internet tanpa sempadan memang mustahil nak kawal semua. In the end pendengar la yg kena pilih penyanyi mana deme nak dengar, dan siapa boleh menyanyi atau tak. Kalaupun suara sumbang mcm chipmunk kalau popular juga tu rezeki dia lah. Nak buat camana sawie dunia memang tak adil
Post time 2-5-2021 12:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu ada muzik mainstream dan indy disebabkan perbezaan cara mereka reach out the fans. Masuk era social media menjadikan ia game changer kepada industri. Open source and everyone can do self marketing.