View: 2700|Reply: 10
|
Gaduh Dengan Isteri, Pukul Bayi Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini, yang video kejadian itu tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan terbabit datang ke Balai Polis Sri Petaling pada 4 petang hari sama.
"Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai penjagaan anak.
"Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati mereka supaya membuat laporan polis, namun mereka enggan berbuat demikian dan sudah berdamai sebelum beredar dari balai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, rakaman berdurasi satu minit 10 saat dimuat naik seorang pemilik akaun di Twitter yang menunjukkan suami isteri bertengkar sambil memangku seorang bayi dalam kereta di hadapan sebuah kedai di Jalan Radin Bagus.
Perakam video itu mendakwa lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya, menyebabkan dia menjerit meminta bantuan orang awam dan rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Anuar menafikan komen warganet yang mendakwa polis tidak menjawab telefon dan tidak melaksanakan tugas dengan baik.
"Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling.
"Dakwaan netizen (warganet) adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memberi komen yang menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persepsi orang awam terhadap polis. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu sugupavitra pun camni kan. Dok gaduk2 pastu okay balik. Dah kena pukul bagai masih nak stay. Apala |
|
|
|
|
|
|
|
Mana video? Senang kalau jumpa, boleh aku pijak muka bapak dgn mak dia sekali. Bodoh dua2. Yg si mak, asal berlaki. Dah kena tibai, taknak report. Yg si bapak, dayus dan lagi hina drpd kurap nanah sbb pukul baby. |
|
|
|
|
|
|
|
bodo pnya bapak..pick up your own god damn size la kalau nk gaduh..ini baby apa yg dia tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
bodo nya mak pak ni..beli kondom la kalau tanak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan keparat!!! Kurex sumpah kau dirogol gayah tua!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bideo pls? Nak tgk gak apak cepuk anak kemahin hero yek! |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal2 warga emas terbiar penghuni
rumah org tua2 la nih |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi amboiii sedap tangan ko nak pukul anak ye...mongok sungguh la. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pukul2, berdamai balik. Tak guna tolong mangsa domestic abuse yang macam ni. Dah mati, menyesal pun tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pukul2 berbaik beranak lagi..hanat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|