View: 39681|Reply: 166
|
[Tempatan]
Sudah berusia 56 tahun, bapa kacak bertubuh kekar ini jadi kegilaan warga TikTok
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dan juga bapa berusia 56 tahun kini menjadi bualan dan kegilaan pengguna TikTok setelah video ketampanannya dimuat naik oleh anak perempuannya di aplikasi tersebut.
Gadis yang menggunakan akaun @meturr, memuat naik video pertamanya di TikTok pada 12 Februari 2021, dan sehingga kini dia meraih lebih 490,000 pengikut hanya dalam tempoh beberapa minggu selepas video bapanya menjadi tular, lapor portal Mothership.
Video yang paling mendapat tontonan ramai iaitu 17.3 juta tontonan dimuat naik pada 28 Mac lalu.Video tersebut memaparkan aksi kedua-dua beranak itu melakonkan semula gaya sekeping gambar lama mereka yang diambil hampir 20 tahun lepas.
Kebanyakan video yang dimuatnaik di akaun gadis itu memaparkan bapanya sedang melakukan aktiviti seperti bersenam, menunggang motosikal berkuasa besar atau dikelilingi oleh beberapa buah kereta mewahnya di dalam garaj.
Turut dikongsi gadis tersebut adalah gambar lama ibunya dalam sebuah video yang mendapat 2.2 juta tontonan.
Rata-rata netizen merasa kagum dengan bapa gadis berkenaan yang kelihatan kacak dan awet muda walaupun sudah berusia 56 tahun. Malah ada yang pada awalnya menyangka mereka berdua adalah pasangan kekasih.
Difahamkan bapa gadis ini merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pemaju hartanah, Realty One Development yang berpangkalan di Bangkok. Dia turut memiliki akaun TikTok menggunakan nama @im_passavee. Apa tunggu lagi, silalah "stalk".
Agak-agak anda, apakah petua bapa gadis ini mampu kekal muda, kacak dan mempunyai badan yang kekar diusia warga emas? Sungguh mengkagumkan!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agak-agak anda, apakah petua bapa gadis ini mampu kekal muda, kacak dan mempunyai badan yang kekar diusia warga emas? Sungguh mengkagumkan.
Petua nya adalah, makn vitamin ekcercise dan makan good food tak smoking plus duit yg byk untuk senangkan hati supaya nmpk muda selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jer pakcik-pakcik pedalaman umor tara laki ni yg kekar, bezanya anak-anak pakcik tu tak batak ulu main TikTok. |
|
|
|
|
|
|
|
orang thai suka makan beras pulut.memang muluslah kulit.tapi badan kekar tu sebab gym ler..
tapi paknil pun nampak muda cuma tak kekar je.mungkin dia tak minat badan kekar? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa promote bapak dlm tiktok? Nak cari mak tiri baru? atau apaknya cari sugar baby?
Difahamkan bapa gadis ini merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pemaju hartanah, Realty One Development yang berpangkalan di Bangkok. Dia turut memiliki akaun TikTok menggunakan nama @im_passavee. Apa tunggu lagi, silalah "stalk".
|
|
|
|
|
|
|
|
Calling2 daddy chaser @Kurex dan @themilo
Udah2 la followup dengan bangla yang dekat LRT haritu. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan azhar sulaiman ngan anak dia si fiona .rupanya siam mari |
|
|
|
|
|
|
|
anakjiran replied at 1-5-2021 12:09 AM
ingatkan azhar sulaiman ngan anak dia si fiona .rupanya siam mari
uncle umo 56 ni leh menten hensem i x heran sangat..sbb umo 56 tu kira tak berumo sgt...yg Azhar sulaiman ni i heran sbb since umo 40-an lagi dah nampak kertu,kepam,gigi karat..tahun ni umo heols baru masuk 50.. |
|
|
|
|
|
|
|
lah baru 40an ke dia.aku ingat dah 50 lebih
|
|
|
|
|
|
|
| |
|