View: 1061|Reply: 0
|
Aryna ungguli Terbuka Madrid
[Copy link]
|
|
Aryna ungguli Terbuka Madrid
ARYNA mengucup trofi kemenangan. FOTO EPA
Madrid: Sensasi Belarus, Aryna Sabalenka mengejutkan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty untuk memenangi Terbuka Madrid buat kali pertama sekali gus berjaya mengetepikan rasa takut beraksi di gelanggang tanah liat.
Aryna ditewaskan Ashleigh pada final di Stuttgart bulan lalu tetapi dia berjaya membalas dendam di Caja Magica apabila meraih kemenangan 6-0, 3-6, 6-4 sekali gus kemenangan terbesar sepanjang kariernya.
Pemain berusia 23 tahun itu tidak pernah melepasi pusingan keempat di Grand Slam namun dengan kejayaan terbaru ini, dia akan diletakkan selaku pemain pilihan di Terbuka Perancis dekat Paris yang akan berlangsung hujung bulan ini.
"Saya gagal membalas pukulannya ketika dia melakukan servis seperti yang dilakukan di set pertama.
"Saya yakin kekalahan ini bukanlah yang terakhir. Saya akan terus bersaing dan cuba mencari kelemahan," kata Ashleigh.
Ia adalah gelaran ke-10 dimenangi Aryna tetapi yang pertama di gelanggang tanah liat sekali gus melonjak di tangga keempat ranking dunia.
"Sebelum ini saya terlalu memikirkan mengenai gelanggang tanah liat kerana ia tidak memberi kelebihan kepada saya.
"Sangat sukar untuk bermain dan memerlukan gaya permainan yang panjang.
"Tapi saya mengubah fikiran pada tahun ini. Saya tidak takut lagi beraksi di permukaan seperti ini," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|