CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4724|Reply: 47

Umat Islam yang tak dapat beraya perlu rasional, kawal emosi - Dr Shazli Ezzat G

[Copy link]
Post time 10-5-2021 03:25 PM | Show all posts |Read mode







Kuala Lumpur: Umat Islam yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga perlu bersikap rasional menerima pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan situasi semasa Covid-19 dialami negara.


Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, masyarakat perlu akur dengan larangan merentas daerah mahupun negeri berikutan pelaksanaannya bertujuan mengelak penularan lebih buruk berlaku dalam negara.


"Apabila PKP dilaksanakan secara mengejut memang ia sedikit sebanyak sukar diterima apatah lagi bagi mereka yang sudah membuat persiapan awal seperti membeli pakaian atau kuih raya untuk menyambut bersama keluarga di kampung selepas tidak berpeluang tahun lalu.


"Bagi saya, memang ia memberi kesan ke atas kesihatan mental masyarakat tetapi tidak lah seteruk mana kerana masih ada keseimbangan dengan situasi semasa pandemik yang masih tidak menentu dan kes tinggi," katanya.


Apa yang penting katanya, masyarakat perlu bijak mengawal emosi dan tekanan bagi mengelak risiko lebih buruk berlaku kepada kesihatan mental mereka.


"Semua orang terkesan dalam keadaan sekarang, tetapi kita perlu matang, rasional dan bertindak secara positif bagi menguruskan tekanan dialami.


"Cara kita menghidupkan suasana raya dalam norma baharu bergantung kepada diri masing-masing misalnya, gunakan apa jua kemudahan teknologi untuk terus berhubung dengan keluarga yang jauh bagi mengubat kerinduan.


"Malah, kita juga berpeluang mengekalkan tradisi kunjung mengunjung dalam ruang lingkup kawasan dibenarkan asalkan dengan kawalan kendiri tinggi dan jangan lalai mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.


Beliau berkata, masyarakat seharusnya mempersiapkan diri dan mental menjalani rutin norma baharu sehingga keadaan negara benar-benar pulih daripada ancaman Covid-19.


"Kita tiada pilihan kena kuat dan bersiap sedia mungkin perlu melalui situasi ini setahun lagi," katanya.


Kerajaan melaksanakan semula PKP bersasar di beberapa negeri bagi membendung penularan kes Covid-19 yang semakin melonjak lebih 4,000 kes kebelakangan ini.


Susulan itu, larangan merentas daerah dan negeri dikuatkuasakan dengan SOP Aidilfitri turut dikeluarkan antaranya aktviti ziarah hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan 15 tetamu sahaja mengikut saiz kediaman.


Selain itu, bagi kawasan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan, ziarah Aidilfitri dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal dengan masing-masing 20 tetamu serta 25 tetamu mengikut saiz kediaman.






Sumber : Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2021 03:41 PM | Show all posts
kalau kayangan boleh beraya ye? boleh pergi nilai ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat bukan saja dah penat berjuang, tapi rakayat dah penat diperbodohkan oleh kerajaan. Mentally drained.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
NataliaLuiz replied at 10-5-2021 04:38 PM
Rakyat bukan saja dah penat berjuang, tapi rakayat dah penat diperbodohkan oleh kerajaan. Mentally d ...

Setuju. Jika gomen jujur telus tak main belakang konar baring sana sini, rakyat takkan bising memberontak la dei.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Emosi la dah berapa lama x balik kg
Ingat kami xda mak pak ke
Org masuk malaysia keluar malaysia lg mudah drp balik kg
Apaceer
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-5-2021 04:40 PM
Setuju. Jika gomen jujur telus tak main belakang konar baring sana sini, rakyat takkan bising memb ...

Part tukar2 SOP tu la yang paling teruk dan gagal. Yg kat kelantan hari tu, masa sebelum puasa, Kesian peniaga, dah siap beli2 barang basah makanan, sekali ckp bazar tidak dibenarkan beroperasi sbb ada kes covid tinggi. Mana nak cari ganti rugi?? Kerajaan tak bagi lagi pampasan.

Pastu yg kat kl bazar tgh on, tiba2 kena tutup bazar sbb ada kluster katanya.  Peniaga tgh bising pasal ni sbb gov umum tiba2 suruh tutup. Rugi la dorg dah bayar sewa tapak, etc. Kalau mmg tak nak bagi bazar beroperasi, umum la awal2 no bazar this year too. Mana orang tak marah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2021 05:16 PM | Show all posts
Kalau mula2 berlakunya dulu masih ramai yang nak dengar nasihat macam ni tapi bila dah lama berterusan ayat macam ni buat mereka malas nak mendengarnya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rasional abahkau la..
tinggal orang tua je kat kampung..
nak masak itu ini pun dah x larat..
mmg harap anak cucu buat semua la ngok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org biasa dan2 suruh rasional.
Anak ex MB blh plak rentas negara DAN rentas negeri nk blk raya pehtu fly blk.
Apakah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku bukan heran nau bab raya. dari budak2 sampai ke tua beraya tak puas2 lagi?sama je raya tiap tahun.cuma sedih sbb tk bole balik kg tengok mak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Doctor ni ada twin kan...kahwin pun dgn twins gak...hahaha. Alaaahhh doc ni bolehlah cakap camtu ntah2 makayah n twin dia duk dekat2 jer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur bagi iols
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 08:37 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 10-5-2021 08:07 PM
Doctor ni ada twin kan...kahwin pun dgn twins gak...hahaha. Alaaahhh doc ni bolehlah cakap camtu nta ...

Mohon @Em7 confirmkan sbb depa sama tempat kerja.

Btw kalau korang dah emotionally unstable, boleh la try contact klinik psikologi diaorg utk dapatkan rawatan awal.

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 10-5-2021 05:18 PM
rasional abahkau la..
tinggal orang tua je kat kampung..
nak masak itu ini pun dah x larat..

anak cucu yg dirumah sendiri dapur susah nak berasap maksud kau?

tetiber lak rajin nak masak utk org tua? harta peninggalan org tua yg bakal diwarisi anak cucu berjuta lemon kewww?

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 09:23 PM | Show all posts
okay la Dr SEG ...sabar je lah kan...nak buat camne , hadap je laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 10-5-2021 08:37 PM
Mohon @Em7 confirmkan sbb depa sama tempat kerja.

Btw kalau korang dah emotionally unstable, b ...

aah dorang twins kahwin sesama twins.... duduk pun dekat2 kat bangi sana je tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aduh dua tahun dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 10-5-2021 11:13 PM

Frankly SG xde rasa emosi sgt sbb skrg lebih kesian dan simpati pada rakyat palestin...depa lg teruk ...israel laknatullah ni dah stat invade masjid al aqsa...tapi apa yg liga / negara arab buat?? Arab saudi pon senyap je...tempat ke3 suci bg org islam ni

Rasa syukur kita just terkurung dirumah... tp di Palestin kezaliman sedang melanda.bulan akhir ramadhan..memang kurang ajar yahudi ni..nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Krismas raya cina raya hindu taipusam semua bebas raya
Mai kat muslim punya raya amboi sekat ketat ketat
Gilaa betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum mati lagi dah sibuk kira harta faraid pelbagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.071915 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list