View: 4986|Reply: 39
|
Ambil pengajaran kejadian di sini, pesan pelajar Malaysia di India
[Copy link]
|
|
AMIRUL Asyraf (kanan) bersama rakannya di sebuah hospital di Belagavi, Karnataka, India. FOTO AMIRUL ASYRAF RUSLI
Kuala Lumpur: "Kami berharap Malaysia belajar dan mengambil pengajaran apa yang berlaku di India. Kita jangan terleka dan pasti boleh menang."
Demikian pesanan penuntut Malaysia di India, Amirul Asyraf Rusli, 24, mengenai situasi Covid-19 di negara itu, ketika ini.
Amirul yang berasal dari Ipoh, Perak berkata, kebanyakan penuntut Malaysia berada di zon selatan manakala wilayah paling teruk terjejas di utara Delhi dan barat di Maharashtra.
"Keadaan di kawasan saya terkawal walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19, tetapi masih dalam kawalan dan sistem kesihatan di sini boleh berfungsi secara optimum.
"Seramai lebih 300 penuntut Malaysia berada di Belgaum (Karnataka) dan ada beberapa penuntut berada di Bangalore dan Alhamdulillah, kami semua berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Penuntut tahun akhir perubatan di Universiti Sains Malaysia - Karnataka Lingayat Education International Medical Programme itu berkata, bagaimanapun kemungkinan mereka akan berdepan dengan 'total lockdown' dalam waktu terdekat bagi mengelak kes melonjak.
Ditanya adakah mereka risau boleh dijangkiti pandemik itu berikutan situasi meruncing di India, Amirul Asyraf berkata, mereka sudah diajar cara menangani dan kekal kuat untuk menghadapi Covid-19.
"Bagi saya, risau tetap risau tetapi sebagai bakal doktor, kami diajar untuk terus kuat dalam menghadapi situasi bencana seperti ini.
"Kami sudah menerima dua dos vaksin AstraZeneca dan memang menjaga menjaga SOP (prosedur operasi standard) dengan sangat baik.
"Walaupun kami sentiasa berulang alik ke hospital setiap hari, Alhamdulillah tiada penuntut terkesan dengan jangkitan Covid-19. Ini kerana kami sangat menjaga SOP dan vaksin sangat berkesan untuk mengawal pandemik ini," katanya yang mengambil suntikan lengkap vaksin pada 12 Februari lalu.
Menurutnya, sebenarnya keadaan Covid-19 di India sudah mendatar beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, kerana politik dan pelbagai acara, perhimpunan dan perayaan diadakan menyebabkan kes melonjak dengan tinggi.
"Ketika itu pemimpin dan rakyat India sangat yakin sudah menang dalam peperangan dengan Covid-19.
"Bagaimanapun, kadar pematuhan SOP di negara itu sangat rendah dan sikap tidak ambil peduli mereka menyebabkan kes Covid-19 tiba-tiba melonjak naik kerana mereka sangat yakin sudah menang.
"Ketika itu, tiada lagi pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan perhimpunan secara beramai-ramai turut diadakan. Saya berharap Malaysia dapat belajar daripada India," katanya yang sudah berada di negara itu sejak 2016.
Menurutnya, pengajaran boleh dikongsi untuk rakyat Malaysia adalah Covid-19 perlu ditangani golongan profesional.
Katanya, biarkan golongan profesional perubatan mengambil alih krisis Covid-19 ini kerana mereka lebih arif.
"erkara ini perlu diambil dengan serius, jika tidak mulalah macam-macam jenis SOP akan keluar.
"Di India, semua mengenai SOP Covid-19 akan dipolitikkan dan arahan doktor tidak diendah. Akhirnya, sistem kesihatan di kawasan terjejas hampir lumpuh terutama di New Delhi," katanya.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan doktor yg tidak lembik. Harapnya laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan india negara pemgeluar vaksin ke.kalau ramai dah vaksin mungkin sebab tu la dorang hora horayy..ingatkan dah imune covid rupanya sama je |
|
|
|
|
|
|
|
depa dpt AZ
"Kami sudah menerima dua dos vaksin AstraZeneca dan memang menjaga menjaga SOP (prosedur operasi standard) dengan sangat baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mclaren at 10-5-2021 04:16 PM
Tinot7: depa dpt AZ"Kami sudah menerima dua dos vaksin AstraZeneca dan memang menjaga menjaga SOP (prosedur operasi standard) dengan sangat baik.
Tunggu je lah mati bergelimpangan bakal2 doktor ni, bak kata blastie sebab sesiapa yang dapat vaksin AZ buatan India akan mati bergelimpangan. <-- kata orang yang tak percaya covid wujud.
Moga bakal doktor2 ni dilindungi dan bakal pulang ke tanahair sebagai doktor berkhidmat menyelamatkan insan2 lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
vaksin tu kena rempah kari tak berjaya lawan covid kut. patut covid dah vanish once kena cucuk vaksin
|
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah..
jgn lah type mcm tu..
seram je rasa, ye lah mereka2 ni ada keluarga menanti di malaysia juga..
apa yg dikongsi oleh mereka ni wajar kita malaysians peka juga, ambik pengajaran..
|
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya...
blastoff tu tgh meroyan tak dpt balik kg gamaknya.
iols dah cool down sikit... pasrah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-5-2021 04:09 PM
kejamnya...
blastoff tu tgh meroyan tak dpt balik kg gamaknya.
iols dah cool down sikit... pasr ...
Kalau jadi kat aiol pun aiol meroyan tak cukup tered. |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 10-5-2021 04:07 PM
nauzubillah..
jgn lah type mcm tu..
Sorry sarcasm is not heard when typing.
Ni sorang hamba Allah tu tak habis2 meratib rakyat India mati bukan sebab covid tapi sebab kena jab AZ. Satu thread dia buka nak convince semua kat sini pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 10-5-2021 04:13 PM
faham..
tp dia baca ke?
Ok saya edit sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
depa tak habis cucuk sumer org kott...AZ mmg diketahui coverage poor.
kaka cps slalu bg komen yg di luar kotak pemikiran.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak ikutkan, patut bg je la raya dlm negeri ka, baru org tak meroyan sgt.kalau utusan ada lagi, voley la pakat ramai2 hantaq salam perantauan di aidilfitri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-5-2021 04:18 PM
depa tak habis cucuk sumer org kott...AZ mmg diketahui coverage poor.
kaka cps slalu bg komen yg ...
Dia bukan pemikirannya sahaja diluar kotak....kantung pundi kencing pun tergantung luar badan.....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 10-5-2021 04:11 PM
Sorry sarcasm is not heard when typing.
Ni sorang hamba Allah tu tak habis2 meratib rakyat Indi ...
You cant even engage, or even rebutt his/her points with your very own facts.....kheunz?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga selamat di sana dan tiba masa pulang berbakti berkhidmat di Msia pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-5-2021 04:26 PM
nak ikutkan, patut bg je la raya dlm negeri ka, baru org tak meroyan sgt.kalau utusan ada lagi, vo ...
Utusan masih menebarkan sayapnya |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke kena bergambar jarak2 ke..penjarakan sosial katanya. Dorang tu dlm hospital ke ? Ppe bkn wajib ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la nak hantaq salam perantauan dari mesia?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|