View: 3284|Reply: 27
|
Doktor di India larang guna tahi lembu sebagai 'penawar' COVID-19
[Copy link]
|
|
Seorang petugas barisan hadapan, Uddhav Bhatia dilihat melumur najis lembu di seluruh badannya dalam amalan yang dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap imuniti terhadap virus COVID-19. - Foto REUTERS/Amit Dave
ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19.
Para doktor berkata, tiada bukti secara saintifik yang menunjukkan keberkesanan bahan berkenaan malah mengundang risiko penularan penyakit lain.
Krisis COVID-19 di India kini mencapai tahap kritikal dengan 22.66 juta kes positif dikesan di seluruh negara dan 246,116 kes kematian dilaporkan setakat ini.
Beberapa pakar percaya angka sebenar mungkin lima atau 10 kali ganda daripada yang dilaporkan.
Ramai pesakit turut dilaporkan tidak mendapat tempat di hospital, bekalan oksigen atau rawatan yang diperlukan.
Di Gujarat di barat India, ramai dilaporkan melawati pusat rawatan lembu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melumur badan mereka dengan najis atau air kencing lembu.
Perkara berkenaan dipercayai dapat meningkatkan imuniti mereka atau mampu memulihkan mereka daripada virus COVID-19.
Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik.
Lembu dianggap sebagai simbol suci untuk kehidupan di dunia, menurut kepercayaan masyarakat India.
"Beberapa doktor turut sertai amalan tersebut di pusat berkenaan kerana mereka percaya ia merupakan terapi yang mampu meningkat tahap imuniti mereka bagi merawat pesakit tanpa rasa takut," kata pengurus sebuah syarikat farmaseutikal Gautam Manilal Borisa.
Dia turut mendakwa amalan tersebut membantunya pulih daripada jangkitan COVID-19 tahun lepas.
Dia sering melawati Sekolah Shree Swaminarayan Gurukul Vishwavidya Pratishthanam yang diurus beberapa sami Hindu di Ahmedabad.
Sekolah berkenaan terletak di hadapan ibu pejabat syarikat Zydus Cadila yang sedang membangun satu lagi vaksin COVID-19.
Peserta di sekolah berkenaan akan melumur campuran najis dan air kencing lembu itu di badan mereka sebelum mengamalkan yoga bagi meningkatkan tahap tenaga dalam badan.
Para doktor dan saintis di seluruh India memberi amaran tentang rawatan alternatif tersebut dengan menyatakan ia berkemungkinan akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain.
"Tiada bukti saintifik yang menunjukkan najis atau air kencing lembu mampu meningkatkan tahap imuniti seseorang itu terhadap virus COVID-19.
"Amalan ini hanya berdasarkan kepercayaan yang diturunkan oleh generasi sebelum ini.
"Ia turut mengundang risiko penularan penyakit lain daripada haiwan kepada manusia," kata Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr JA Jayalal.
Selain itu amalan berkenaan dilihat akan menyumbang kepada penularan virus COVID-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan fizikal.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Td aku tgk video dorang lumur benda tu kt badan. Geli yg amat sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah mereka nak guna taik lembu tu...malaysia boleh jual tahi2 kpd mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Mnambahkan penyakit..bkn mngurangkn ni. Parasit najis tu blh sbbkn jangkitan |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kata minum kencing jd ubat covid. tengok tak jalan pun. yg jalan org yg minum kencing tu. tahun ni upgrade lumur taik lembu plak. pastu kepercayaan taik lembu ada antiseptik? hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Tahi lembu ni orang buat baja..gaul gula dengan tahi baru yg terbentuk dalam usus lembu tu. Mikrob tu memang ampuh buat ibu baja pun
Mungkin mikrob perut ruminan yang dia anggap tingkatkan imuniti..basilus, laktobasilus |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dah pernah ada je thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
diorang kat India guna najis lembu. kita kat Malaysia guna daging dan sus u lembu untuk isi perut je. |
|
|
|
|
|
|
|
Lembu pun tepuk dahi |
|
|
|
|
|
|
|
Air kencing unta tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 la. Mana ada la najis boleh jadi penawar. Lagi buat sakit adalah. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok juga lembu apa, kalau lembu hitam putih tu biasa orang perah susu, kalau lembu coklat biasanya orang buat ternakan, kalau friska biasanya buat madu jusa c minus
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembu coklat perasa susu coklat lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah air jer kemudian blend sampai jd air.. Phtu.suntik dlm badan org2 kt india tu mcm vaksin.. Harap2 mujarab |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada vaksin air kencing kelawar, udah guna air taik lembu pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Org gila pun x sanggup mkn tahi...ko ni pi mkn...bgsa bodohhhh ...lembu pon x sebodoh puak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah bersyukur la aku lahir kat negara India dan menjadi warganegara India |
|
|
|
|
|
|
|
negara leluhur... benda yang tak pelik di sana hanyalah kalau pompuan2 kulit putih boleh jalan2 di waktu malam dengan aman |
|
|
|
|
|
|
|
what??
You have to be told NOT to use that?
OK..
now I understand that culture better
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi nk pelik kes covid19 sna tinggi...klu dh sengaja cari penyakit, apa2 virus pn sng melekat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|