Pelakon Datuk Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati apabila dimaklumkan aplikasi MySejahtera bahawa tarikh temu janji dan lokasi untuk mengambil vaksin berubah dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Pelakon asal Singapura itu mendakwa kerajaan gagal menguruskan perkara tersebut.
Adi menenrusi Instagram memuat naik tangkap layar menunjukkan tempat mengambil vaksin yang telah berubah itu.
Marah betul Adi dengan situasi itu, namun rata-rata argamet pula kurang selesa dengan bahasa kasar digunakannya terhadap kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kredit foto: IG Adi putra
Sebelum ini, Adi Putra pernah mengesahkan dirinya merupakan warganegara Malaysia dengan berkongsi gambar kad pengenalannya bagi membuktikan kepada orang ramai.
Sumber: BeautifulNara/Gempak |