View: 1828|Reply: 17
|
Padah Tayang Wheliee Di TikTok, Dah Kena Tahan Polis
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya sebelum aksinya dirakam dan dimuat naik di laman sosial Instagram dan Tik Tok sehingga tular mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, perbuatan suspek berusia 21 tahun itu dimuat naik di laman sosial oleh pemilik akaun muhddanialsyafiq dengan tajuk 'The Real Raya in Kuala Lumpur', berdurasi 0.28 minit pada hari raya pertama.
Menurutnya, video itu memaparkan seorang lelaki memakai baju Melayu berwarna cerah, berseluar gelap, memakai kopiah dan berselipar sedang menunggang motosikal Yamaha RXZ secara merbahaya dan membuat aksi wheelie di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).
Foto: Harian Metro
"Bertindak ke atas laporan polis yang diterima, Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Mohammad Solihi Shafie mengesan dan menahannya sebelum menyita motosikal bersama pakaian digunakan dalam video itu, pada 7 malam.
"Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkefly berkata, semakan rekod lampau mendapati dia pernah ditahan sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama dan dihukum mengikut Seksyen 79(2 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2018 dan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu digantung selama dua tahun pada tahun lalu.
"Kita masih mengesan perakam video terbabit kerana bersubahat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rakaman macam ni laju tindakan diambil.. {:good
Diharapkan rakaman raya peluk sakan pun segera diambil tindakan.. Ada kesalahan lampau juga tu! |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam tengok video dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Good job polis! Aku anti bdk rempit. Padan muka! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak serik2 ke dikk?
Zulkefly berkata, semakan rekod lampau mendapati dia pernah ditahan sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama dan dihukum mengikut Seksyen 79(2 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2018 dan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu digantung selama dua tahun pada tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan baju raya sekali kena tahan polis..? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila berbangga dapat pulak hadiah berbaloi sgt tu,Tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa salah baju raya kena tahan juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang elok pun sape2 yg gigih sgt show off langgar undang2, sop kt medsos tu kena saman..baik geng rempitan, rakyat marhaen n kayangan..skrg ni kan musim semua nk up kt tiktok fb konon dia la yg terpaling.... |
|
|
|
|
|
|
|
Padah uplod di scomed.. bhuhu haha la moto disita |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum sebat je budak toyol nih {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas. Semoga bertambah pupus umat bebal terlampau (iaitu buat benda bodoh dan pi upload kt med soc) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jfq at 18-5-2021 12:50 PM
Boomibulat replied at 18-5-2021 09:19 AM
Dengan baju raya sekali kena tahan polis..?
Sama la mcm mamat yg tendang pagar surau tak dpt sembahyang jumaat ty. Baju raya dia pun kena rampas haha
Tangkapan ke atas suspek berumur 35 tahun bersama rampasan kenderaan terlibat serta sepasang baju Melayu yang dipakainya semasa kejadian telah dilakukan |
|
|
|
|
|
|
|
No plet kete/moto x cukup sbg bukti ye..nak baju jugak..harap2 baju x masuk lokap sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Awal2 tengok nama Akleh ni akak ingatkan nama taukeh cina, gah sungguh siap ada papan tanda merata, rupanya nama lebuhraya tu.
Mendapatlah kau dek, gigih sangat menayang aktiviti melanggar undang2 kan. |
|
|
|
|
|
|
|
hantar budak ni pegi israel naik moto. |
|
|
|
|
|
|
|
puak2 monyet dia ni
kemain ramai menyokong
pale hotak |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih tayang disocial media dah kenapa. Dulu dikecam je sekarang pakej dengan dikenakan tindakan oleh pihak polis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|