WASHINGTON: Golongan belia dan anak muda di Amerika Syarikat digesa untuk segara mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Ini kerana menurut penasihat COVID-19 White House, Andy Slavitt, orang ramai berkemungkinan berdepan kesan jangka masa panjang selepas dijangkiti COVID-19 sekiranya tidak divaksin.
Menceritakan kembali pengalamannya, Slavitt memaklumkan anaknya yang dijangkiti COVID-19 tahun lalu mengalami kesan jangka panjang kerana masih belum mendapatkan suntikan vaksin.