Tak habis lagi dihentam. Namapaknya nama Neelofa makin panas menjadi bualan apabila selebriti 'kayangan' ini sekali lagi dikritik.
Seperti semua sedia maklum, Neelofa dan suaminya Haris hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.
Foto: Kosmo
Di media sosial, ada netizen yang mempersoalkan Neelofa yang dilihat tidak memakai pelitup muka.
Beberapa keping gambar memperlihatkan bayangan wajahnya tanpa ada pelitup muka di sebalik purdah.
Serba Tak Kena- Kain Tutup Muka Nipis, Neelofa Dikrtik Tak Pakai Mask Di Sebalik Purdah
Malah ada juga menegur kain purdah yang dipakainya itu tampak nipis sangat.
"Nampak sangat dia tidak pakai sebarang pelitup muka seperti mana anda lihat di foto itu. Tiada pelitup muka di sebalik purdahnya. Kenapa semua tidak bercakap tentang itu? Semua orang wajib pakai. Tak kisahlah kau berpurdah ke tak.
"akai purdah dah tak perlu pakai mask? Dulu menteri atau DG kata pakai purdah pun kena pakai face mask.
"Rasanya kalau pakai niqab, mask pun mesti pakaikan? Harapnya hajah pakai juga mask di sebalik niqab tu," tulis beberapa netizen.
Sebelum ini Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan wanita yang mengenakan purdah atau niqab dinasihati memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Bukan itu sahaja, khabarnya nak scan mySejahtera pun tak nak. Baca thread Twitter di bawah:
Alahai Lofa, ramai harap agar suami tolong beri nasihat sikit ya.-CARI |