View: 24949|Reply: 274
|
Kereta dipanah petir lalu meletop bagaikan bom gara2 panahan bergabung dgn mercu
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 22-5-2021 04:55 AM
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan.
Pemakluman Kes Kereta Dipanah Petir
Tarikh/Masa Panggilan: 21.05.2021 jam 1738
Alamat: Simpang 4, Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan
Mangsa: 1 orang (meninggal dunia)
Keanggotaan: BBP Kota Darulnaim, BBP Tunjung
Catatan:
Kejadian melibatkan sebuah kereta dipercayai telah dipanah petir dan meletup serta terputus dua. Komander operasi juga melaporkan terdapat serpihan mercun berada dikawasan kejadian. Terdapat seorang mangsa disahkan meninggal dunia seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Terdapat 5 buah kenderaan yang berhampiran juga turut terlibat.
Sekian Pemakluman.
KOTA BHARU: Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kenderaan yang dipandunya meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, di sini petang tadi, dipercayai akibat membawa mercun bola.
Dalam kejadian itu jam 5.30 petang, mangsa yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback turut tercampak 20 meter dari lokasi kejadian selain kenderaannya terputus dua.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata susulan kejadian itu lima lagi kenderaan yang berada di lokasi kejadian turut terbakar.
"Selain mangsa yang maut, empat mangsa lain yang cedera akibat letupan itu turut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan letupan terbabit berpunca akibat kenderaan itu membawa mercun bola.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan dan identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kelantan, Mohd Wildan Azhari pula berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.34 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
"Seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan BBP Tunjong bergegas ke lokasi kejadian dan didapati sebuah kereta sedang terbakar.
"Ketika kejadian terdapat lima lagi kenderaan lain di lokasi berhampiran yang turut rosak," katanya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Mohd Khairul Anwar Mohd Zin, 42, berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti bom, namun sebaik berlari keluar dari restoran dia melihat beberapa kereta 'berselerakan' dengan sebuah daripadanya sedang terbakar.
Katanya, dia yang berada di dapur restoran miliknya yang hanya berjarak 40 meter dari lokasi kejadian terus bergegas keluar dan terkedu melihat apa yang berlaku selain keadaan sedikit huru hara dengan orang ramai yang berlari menyelamatkan diri.
"Saya terdengar suara meminta tolong daripada beberapa mangsa lain yang terselamat, malah ada yang gigih berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berdarah. Kami cuba untuk membantu namun keadaan agak teruk sehinggalah pihak bomba datang dan memberitahu bahawa seorang lelaki maut yang mana keadaan jasadnya yang tragik.
"Lebih mengejutkan apabila jasad mangsa rupa-rupanya tercampak ke dinding restoran saya, mungkin kerana kesan letupan yang kuat," katanya ketika ditemui di restoran miliknya berdekatan lokasi kejadian.
Mohd Khairul berkata, sejak 27 tahun saya berniaga di lokasi berkenaan, itu adalah kejadian paling buruk yang pernah berlaku.
"Selain itu, restoran saya turut mengalami kerugian ribuan ringgit susulan siling dan cermin pecah selain kedai runcit milik adik saya juga menerima kesan yang sama. Tragedi berdarah ini tidak akan saya lupakan tambahan pula ia berlaku di depan mata, dan saya berharap agar keluarga mangsa tabah dengan ujian ini," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Petang tadi memang ada bunyi petir kuat mcm benda meletup.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada la topik ni..... nti merge
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah serambie ditimpa bala persisi ghazzah?? Mesti tersenyum manis sebab rasa mcm sekufu dah |
|
|
|
|
|
|
|
td sampai bergegar rumah aku, ingatkan guruh berdentum je rupanya letupan. bila tau pasal letupan ni menggigil rasa sbb jln tu mmg laluan rutin family aku. ayah aku pon mmg gi masjid tepi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-5-2021 07:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
piao replied at 21-5-2021 07:32 PM
dah ada la topik ni..... nti merge
Hang lambert 7.26pm aku 7.23pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-5-2021 07:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Firenzza replied at 21-5-2021 07:30 PM
Ni mercun ke bom?
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So bila kena panahan petir haruslah effect nya dh macam bom... |
|
|
|
|
|
|
|
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk mercun smpi hancur badan |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 21-5-2021 07:40 PM
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So b ...
Ohh!...make sense....iols ingatkan ada budak2 campak mercun bola bawah keta |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 21-5-2021 07:40 PM
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So b ...
Xde keje betul.
Baru ambik dari siam ke |
|
|
|
|
|
|
|
scary nya..x sangka plak bleh jadi gini..sebab selama ni dok dengar, kalu kete kene petir, still selamat..sbb tayar getah ke apa tah..ni ada kes meninggal, terus jadi paranoid..seriaunya la |
|
|
|
|
|
|
|
Honda ke tu...ya Allah kenapa bawa mercun dlm kereta... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-5-2021 08:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noor2 replied at 21-5-2021 07:56 PM
Honda ke tu...ya Allah kenapa bawa mercun dlm kereta...
Video live tadi.. Katanye tauke mercun..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219512291383907&id=1412743387 |
|
|
|
|
|
|
|
ni stok mercun utk raya haji ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 21-5-2021 08:09 PM
Video live tadi.. Katanye tauke mercun..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1021951229 ...
Tq cik cici...akak mmg benci orang yg main mercun dan jual mercun ni....tah budaya mana depa ikut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dibom Israel ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu msin mercun?
Dah la bising
Ganggu ketenteraman |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 21-5-2021 07:54 PM
scary nya..x sangka plak bleh jadi gini..sebab selama ni dok dengar, kalu kete kene petir, still sel ...
Ada andaian takut kereta tu kereta potong. |
|
|
|
|
|
|
| |
|