View: 2144|Reply: 14
|
Pegawai Arab Saudi gagalkan individu serang imam di Masjidil Haram
[Copy link]
|
|
JEDDAH: Seorang pegawai keselamatan Arab Saudi disambut seperti 'wira' selepas berjaya menggagalkan serangan seorang lelaki yang menggunakan tongkat ketika cuba menyerang imam di Masjidil Haram di Makkah.
Adegan dramatik serangan di satu daripada tempat suci di Arab Saudi itu turut tersiar secara langsung di televisyen pada Jumaat lalu.
Polis yang menyiasat insiden itu kemudian mendedahkan penyerang itu mengaku sebagai 'bakal Imam Mahdi'.
Pegawai keselamatan, Mohammed Al-Zahrani memintas lelaki berkenaan dan menolaknya keluar ketika dia cuba menyerang imam.
Penyerang itu kemudian dikeluarkan daripada masjid dengan bantuan pegawai lain.
Al-Zahrani dipuji sebagai 'wira' dan penghargaan diberi oleh rakyat negara itu selepas video tindakannya itu tersebar di media sosial.
Berpakaian ihram, penyerang terbabit seperti dilihat di rakaman televisyen secara terburu-buru berlari menuju di mimbar ketika Sheikh Bandar Baleelah, seorang daripada imam masjid, menyampaikan khutbah Jumaat.
Dia kemudian ditahan oleh pegawai keselamatan susulan tindakan oleh Al-Zahrani yang menghalangnya, kata jurucakap polis Makkah.
Syeikh Baleelah meneruskan khutbahnya biarpun berlaku insiden itu.
Siasatan awal polis mendapati, lelaki itu adalah warganegara Arab Saudi berusia 40 tahun, menurut akhbar Al-Watan.
Pada Mac lalu, seorang lelaki memegang pisau bertindak berjalan di antara saf jemaah dengan melaungkan slogan ekstremis.
Dia kemudian dipukul dengan kerusi oleh jemaah haji dan pegawai keselamatan bagi menghentikan tindakannya. - Agensi
Sumber : Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gila xkawal protect imam, silap2 kena pancung kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu kerja dia...kalau tukang cuci yg tlg selamatkan khatib, mmg mengejutkanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut amerika.. Suara mereka tak kdengaran lgsg ketika plestin diserang, aku takut pemimpin arab ni dilaknat Allah. Ya mmg benar nasib yahudi nanti dah ditentukan, disebut dalam Alquran, tapi sesama islam tak rasa simpatikah wahai pak arab.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Tunggu kena pancung aje la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh cepat betul tindakan reflex dia.
Takde termangu2, tertoleh2, terblur2. Terus serang.
Well done abam arob |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ig adam ada explain pasal nii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uitt hr tu naik kete nak langgar pintu masjidil haram ni nk tikam imam plak |
|
|
|
|
|
|
|
Seb baik ada polis jaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
azurro: Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut amerika.. Suara mereka tak kdengaran lgsg ketika ...
Betul tu..nama je Arab Saudi tapi tak membantu mana pun. Setakat Jordan, Syria, Turki, Lubnan.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik bukan kat Masjid Al Aqsa
kalau tak sambung perang
|
|
|
|
|
|
|
|
azurro: Entah kenapa aku sikit pn tak rasa simpati lgsung, sebabnya kerajaan arab saudi ni, adalah talibarut amerika.. Suara mereka tak kdengaran lgsg ketika ...
Dia punya support teruk tu smpi lgsg xbkutik.. Punyala wala' dgn sekutu... Walhal 1 dunia kecam kan huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ramai org sudah gila lah...ini org gila punya kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
Seminggu aku kat mekah, sampai balik malaysia aku x tahu kat mana tempat imam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. mengejar kekayaan je diorg ni. Hmm sedih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|