|
Gara-gara pening memikirkan soal penjagaan kereta yang berusia tiga tahun, penyanyi Sufi Rashid mula berkira-kira untuk menggantikannya dengan yang baharu.
Bukan untuk memuaskan kehendak, namun Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 30, berkata, dia mencari kenderaan yang lebih sesuai digunakan untuk aktiviti hariannya.
Foto: IG
“Dah tiga tahun guna kereta ni, jadi nak jual sebab nak beli lain yang lagi baru... nak jaga lagi senang.
“Kereta tak ada buat hal, sangat banyak berjasa selama tiga tahun. Kalau minor tu adalah, tapi bukan setiap bulan buat hal. Kereta continental memang high maintenance” katanya kepada mStar.
Terdahulu, Sufi menerusi Instagram meluahkan hasrat untuk menjual kereta Audi S5 3.0 V6 dan meminta individu yang berminat untuk menghubunginya segera.
Kredit foto: IG
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang kereta baharu yang bakal dibelinya, Sufi berkata, dia enggan berkongsi tentang perkara yang mungkin menimbulkan kecaman netizen.
Kata Sufi, dia memilih untuk menukar kereta pada masa-masa yang sukar ini bukan bermaksud kewangannya sangat stabil, sebaliknya masih perlu bekerja keras untuk menjalani kehidupan.
"Memang upgrade kereta, tapi saya tak nak la share kereta apa, sebab sekarang ni musim PKP nanti timbul kecaman pula.
"Saya bukan jenis suka share sangat, orang tengah struggle dan susah, so elok tak payah share benda yang tak perlu.
"Kewangan tu tidaklah stabil sangat, yang penting hidup kena rajin usaha kalau nak maintain apa yang ada... tambahan pula masa macam ni.
"Saya kerja berniaga bermula lepas subuh sampai sampai pukul 5 petang, lepas tu malam buat live rapatkan hubungan dengan peminat dan pelanggan saya untuk expose.
"Kehidupan saya dengan isteri memang busy, tapi gunakan masa tu seelok-eloknya daripada melepak tak buat apa-apa atau mengharapkan duit daripada langit memang taklah," ujarnya lagi.
Selain itu, Sufi juga memberitahu dia kini tidak bergantung kepada hasil pendapatan sebagai penyanyi berikutan keadaan dunia yang kini berdepan pendamik Covid-19.
Dia bersyukur sudah memulakan perniagaan makanan ringan yang diusahakan bersama isterinya sejak setahun lalu.
"Siapa je tak terkesan dengan PKP, semua artis effected, ada show pun buat virtual je. Saya lebih fokus kepada perniagaan kerepek, sambal dan coklat bersama isteri.
"Terkesan tu memang terkesan la, tapi tidaklah teruk sangat, sebab saya tak mengharapkan sepenuhnya kepada kerjaya seni saya, buat bisnes, Alhamdulillah," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|