View: 925|Reply: 0
|
Serena tersingkir, Federer tarik diri
[Copy link]
|
|
Serena tersingkir, Federer tarik diri
SERENA masih kempunan untuk meraih kejuaraan Grand Slam kali ke-24. FOTO AFP
Paris: Hasrat Serena Williams untuk menyamai rekod meraih gelaran Grand Slam buat kali ke-24 berakhir di aksi 16 terakhir Terbuka Peracis tatkala sebelum itu Roger Federer mengumumkan penarikan diri pada penampilan terakhirnya di Roland Garros.
Serena, 39, masih kurang satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod Margaret Court pemain paling banyak meraih gelaran Grand Slam, selepas tumpas 3-6, 5-7 kepada wakil Kazakhstan yang juga pemain pilihan ke-21, Elena Rybakina.
Federer pula memilih untuk menarik diri bagi membolehkannya menjaga tahap fizikal untuk saingan Wimbledon.
Serena kali terakhir muncul juara di Roland Garros pada 2015 dan tidak pernah melepasi lebih daripada pusingan keempat di Paris sejak tumpas di final 2016.
"Ia sebenarnya sangat hampir. Banyak mata boleh saya peroleh yang mampu mengubah keputusan perlawanan.
"Bagaimanapun, saya tidak meraih setiap mata berkenaan. Sekali gus tidak mampu untuk mengubah keputusan," kata Serena.
Sebelum itu, Federer membuat keputusan untuk menarik diri dalam penampilan terakhirnya di Terbuka Perancis, selepas tidak mahu berdepan risiko terhadap kecederaan lutut yang pernah dialaminya 18 bulan lalu.
Federer, yang juga juara Grand Slam sebanyak 20 kali dan akan menjangkau usia 40 tahun Ogos ini bertarung selama tiga jam setengah untuk mara ke 16 terakhir.
"Selepas berbincang dengan pasukan saya, saya membuat keputusan untuk menarik diri dari Roland Garros.
"Selepas melakukan dua pembedahan di lutut dan setahun menjalani pemulihan, ia sangat penting untuk menjaga tahap fizikal agar dapat kembali mempersiapkan diri.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|