CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 0

Medvedev berjaya raih slot suku akhir

[Copy link]
Post time 8-6-2021 09:06 PM | Show all posts |Read mode



MEDVEDEV bakal turun menentang Tsitsipas pada aksi suku akhir nanti selepas berjaya menundukkan Garin awal pagi semalam. – AFP

Medvedev berjaya raih slot suku akhir

PARIS – Pemain pilihan kedua, Daniil Medvedev terus mengorak langkah apabila berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Terbuka Perancis apabila mudah menewaskan wakil Chile, Cristian Garin dengan kemenangan straight-set 6-2, 6-1, 7-5 awal pagi semalam.

Keputusan tersebut me-nyaksikan Medvedev semakin menghampiri gelaran No. 1 dunia sekiranya berjaya menjuarai kejohanan bertaraf Grand Slam itu pada minggu ini tetapi sebelum itu perlu mengharungi aksi suku akhir menentang Stefanos Tsitsipas.

Kata Medvedev, aksi yang dipamerkan pada dua set pertama agak mudah tetapi cabaran mula diberikan oleh Garin pada set ketiga yang mahu mengheret perlawanan ke set keempat.

“Secara jujur, mana-mana pemain bukan pilihan yang mahu menewaskan saya perlu memberikan seratus peratus di atas gelanggang dan Garin tidak berbuat demikian pada dua set pertama dan hanya mendapat momentum pada set ketiga.

“Namun, segalanya sudah terlewat kerana setiap pukulannya saya dapat balas dengan mudah dan saya gembira apabila dapat menempah tiket ke suku akhir Terbuka Perancis buat pertama kali dalam karier.

“Apa yang pasti, saya agak terkejut dengan prestasi sendiri kerana saya tewas seawal pusi-ngan pertama di Roland Garros sejak empat tahun yang lalu selain tidak beraksi dengan baik pada kejohanan pemanas badan gelanggang tanah liat di Terbuka Hamburg dan Terbuka Madrid sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Tsitsipas yang juga pemain kelahiran Greece te-lah menempah tiket ke pusingan suku akhir apabila berjaya menafikan cabaran pemain pilihan ke-12, Pablo Carreno Busta de-ngan kemenangan straight-set 6-3, 6-2, 7-5. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.042178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list