ALOR SETAR - Golongan antivaksin merupakan individu berfikiran negatif dan tertutup minda terhadap pandangan orang lain sekali gus sentiasa menganggap diri mereka betul, kata pakar.
Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf berkata, golongan itu akan terus mempertahan akan pendirian mereka walau 'disumbat' dengan pelbagai penjelasan oleh pihak berkuasa.
Untuk menangani golongan ini, penjelasan yang diberikan itu harus berupaya mencabar pendirian yang dipegang mereka, katanya kepada Bernama.
“Satu daripada usaha adalah dengan menukar ‘pre-conceived thought’ atau idea negatif atau pengalaman buruk yang dialami dengan pendekatan kognitif. Dalam konteks ini, penerangan berkaitan pandemik Covid-19 dan vaksin perlu dilibatkan usaha bagi mencabar pemikiran dan emosi tidak betul tersebut,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Abdul Razak berkata, maklumat terlalu banyak dalam media sosial sehingga mengelirukan masyarakat juga antara faktor golongan antivaksin tidak mempercayai maklumat pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kekeliruan dalam masyarakat termasuk pemahaman maksud vaksin. Ini mungkin disebabkan kita jarang berhadapan dengan pandemik sebegini. Masyarakat jarang menerima vaksin, jadi apabila pemahaman kurang berkaitannya, maka pelbagai persepsi negatif dicetuskan,” katanya.
Beliau berkata, pemikiran ‘optimistic bias’ iaitu beranggapan mereka tidak akan dijangkiti Covid-19 selepas divaksin juga menyebabkan ada masyarakat tidak mempercayai keberkesanan vaksin, apatah lagi selepas mengetahui kononnya ada kesan buruk vaksin yang tular menerusi media sosial.
“Apabila terlalu banyak sangat yang bercerita negatif tentang kesan vaksin seperti masih dijangkiti Covid-19 walaupun sudah divaksin, ada yang meninggal selepas ambil vaksin, maka masyarakat tidak mempercayai vaksinasi akan membantu mereka terpelihara daripada Covid-19. Dalam pada itu, kepercayaan kepada informasi lain yang tular pula menjadi sandaran untuk melindungi mereka,” katanya.
Sementara itu, Pakar Psikiatri Hospital Pantai Sungai Petani, Dr Mohammad Farris Iman Leong Abdullah berkata golongan antivaksin tidak suka mendapatkan informasi mengenai Covid-19 dan vaksin daripada sumber sahih sebaliknya gemar memperoleh maklumat berkaitan menerusi media sosial meskipun tanpa bukti kukuh.
"Mereka juga gemar menyebarkan khabar angin yang diperoleh menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp kepada orang lain melalui platform sama," katanya.
Beliau berkata, mengikut kajian dari segi psikologi, golongan antivaksin lebih mementingkan pendapat mereka sekali gus tidak mempercayai pihak berkuasa dan pakar.
"Mereka tidak percaya kepada golongan seperti saintis, kerajaan dan pakar perubatan serta kesihatan. Mereka juga percaya jika mereka memberi kepercayaan penuh terhadap doa mereka, tuhan akan makbulkan dan mereka tidak akan dijangkiti (Covid-19) dan sentiasa selamat walaupun tidak mengambil vaksin," katanya.
Dr Mohammad Farris Iman berkata, kajian juga menyatakan kebanyakan golongan antivaksin yang terdiri daripada mereka berumur antara 25 dan 44 tahun itu akan cuba menguatkan pendapat mereka dengan cara mempengaruhi orang lain.
Golongan ini akan menggunakan media sosial bagi menularkan pandangan mereka untuk mendapatkan sokongan lebih besar, katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ertutup-minda-Pakar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
dah takde fakta nak bagi?
wa bukan antivak...dan wa bukan provak..
wa tiada berpihak,...tiada berpuak...
tapi..nak bagi komen, cari fakta dahulu...
nanti setepek kena pada muka balik....
kan dah cakap...budus...manusia je boleh kenal anjing...
tanya lah anjing..kenal tak dirinya anjing...?
kenal tak kawan yang disebelah nya itu adalah anjing?
ada opis mate aku ni laki bini grad...
laki dia kat opis aku..bini cikgu...
anak 1st baya anak aku...
aku sembang2 psl jab ni dgn dia masa tu anak aku lom skolah lah...
anak dia 1 pun x ambik lagi..except yg hospital bagi lps beranak tu...
aku tanya knp x g jap..tak tau pun katanya...gituuuu
masa chk up tu ntah apa lah bini dia dengar agaknya...
itu ynag wa kata tadi...
fakta biar betul....
antivaks kah, not antivaks kah...
tak yah citer pasal vaks masa kecil..
jauh beza vaks masa kecil dengan apa yang berlaku sekarang...
vaksin polio misalnya...dah dikenal pasti dan virus dah stabil tidak expanded menjadi another varian...
so, ianya confirm tak berubah lagi....
datang macam mana pun dalam badan manusia, jika dah kenal, boleh bunuh terus....
tapi kali ini, ianya belum concluded...masih berubah ubah...
dah kenapa bersungguh nak suruh vaksin base on benda yang belum stabil?
bukan kah sia sia sahaja jika yang datang selepas ini adalah yang berubah jauh?
badan tak kenal juga..
so vaksin untuk apa sebenarnya? nak menghilangkan ketakutan pada masayarakat sahaja kah?
jadi kelakar...
itu yang ramai musykil....
tapi bila sampai pada yang pembaris...
semua yang musykil ni dianggap totok beragama...
tak dapat info dari tempat sepatutnya...
ini telah ditanya kepada yang pakar pun dan yang pakar tak dapat jawab..
jadi kalau rasa pakar sangat...sila selesai kan kemusykilan ini ya...
atau rujuk pada yang pakar