|
|
Penyanyi Noryn Aziz berkongsi antara rutin cantik yang diamalkannya sejak meniti usia 30-an.
Menurut Noryn, petua yang dinamakan sebagai ‘facial ice” ini yang dipraktikkan setiap pagi bagi menyegarkan kulit wajah.
 Foto: IG
Perkara tersebut dikongsikan bintang yang sinonim menerusi lagu Fantasi Oh Realiti ini menerusi Instagram
“Noryn nak share with you my ‘petua’ that i do every morning without fail. Tapi ni sikit je, kalau nak tahu lebih, nanti i share dekat my YouTube Chanel. Nak tak?,” tulisnya.
Menerusi video tersebut, Noryn turut merendamkan wajahnya sekitar 10 hingga 15 saat, bergantung kepada ketahanan masing-masing.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat tontonan lebih 30,000 kali. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|