"Ustaz Ebit Lew is ok guys. Yang share berita ustaz hilang tu adalah berita palsu," tulisnya.
Caprice mengakhiri perbualan mereka dengan menitipkan doa, pesanan dan kata-kata semangat buat UEL untuk sentiasa menjaga diri dan beliau sentiasa memperolehi sokongan daripada orang ramai di Malaysia. Caprice juga mengatakan kesudiaannya membantu seandainya pihak UEL memerlukan apa-apa bantuan darinya.
Segala persoalan dan tanda tanya mengenai kehilangan UEL akhirnya terjawab dengan bantuan dari Caprice. Dengan itu, warganet diminta berhenti menyebarkan berita palsu yang tidak berfaedah. Sebaiknya, warganet Sama-sama mendoakan kesejahteraan UEL agar dia dilindungi dan dijauhkan dari perkara bahaya. -
CARI
Sumber: Instagram Caprice dan
Kopi Beng