"Ada orang rancang nak buat kejutan. Kononnya 31 biji kek cawan (cupcakes) untuk 31 kali penghantaran. Rumah pula jenis kondominium.
"Musim 'lockdown' semua penghantaran kena ambil kat bawah. Masa penghantaran pertama saya ambil. Tertanya juga siapa yang bagi sebab tak ada kad (pengirim). Cuma kek cawan dan balon," katanya.
Tambahnya, dia tidak larat turun naik rumah untuk mengambil hadiah berkenaan. Mana tidaknya, dia mendapat panggilan penghantaran hadiah setiap tiga hingga empat minit!
"Sehingga panggilan kedua terakhir (kali ke-30), saya turun sendiri sebab rider (penghantar hadiah) kata kali ini tuan yang mengirimkan hadiah (Azar Azmi) minta saya ambil sendiri hadiah. Istimewa katanya," kongsi Hafreez.
Selain kek, pelakon itu turut menerima jambangan bunga, kek, coklat dan belon daripada Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 32.
Buat kejutan sweet macam ni, ada apa-apa ke tu? Ramai netizen berteka-teki sama ada mereka sedang dilamun cinta. Yalah, Azar kan baru sahaja putus tunang pada Februari lalu.
Azar menerusi Instagramnya bagaimanapun menjelaskan, dia berbuat demikian kerana ingin melihat pelakon itu berasa gembira sempena ulang tahun kelahirannya.
Kedua-duanya pun masih single, jadi tiada yang salah pun kalau benar mereka sedang angau kan? -
CARI