Selebriti Wawa Zainal dituduh memplagiat rekaan pembungkusan produk kosmetik lain nampaknya telah menimbulkan kekecohan di media sosial TikTok.
Bermula dengan video pendek daripada pengasas produk tersebut yang menyatakan warna dan reka letak yang hampir sama dan menegaskanya ianya telah ditiru oleh produk artis tersebut.
Turut membandingkan kedua-dua produk tersebut dalam video tersebut membuatkan ramai bertelagah antara bersetuju dan yang tidak bersetuju dari pengikut Wawa sendiri.
Foto :Tik Tok
Segelintir netizen terkejut dengan persamaan rekaan pembungkusan produk tersebut dan tidak menyangka yang ia datangnya daripada produk artis yang dikhabarkan gah.
Foto : Tik Tok
Foto : Tik Tok
Bagaimanapun lebih ramai yang mengecam pengasas produk itu. Mereka mengatakan rekaan tersebut boleh didapati dari platform Pinterest. Jadi, mengapa pula kata ditiru?
Foto : Tik Tok
Sehinggalah ada netizen yang bertanya Aeril Zafrel sendiri di ruangan komen dan Aeril cuma meminta mereka membuka laman Pinterest itu bagi jawapannya.
Foto : Tik Tok
Kredit foto: pinterest/99designs.com
Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa anda fikirkan? - CARI
|