CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1372|Reply: 2

Hidup 35 Nelayan Berubah Lepas Jumpa Muntah Paus

[Copy link]
Post time 17-6-2021 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Kehidupan sekumpulan nelayan Yemen yang terdiri daripada 35 orang berubah setelah mereka menemui muntah ikan paus di dalam perut bangkai seekor ikan paus sperma yang terapung di permukaan laut di perairan selatan Aden, Yemen pada Februari lalu.


Menceritakan detik-detik penemuan itu, seorang nelayan itu, Fares Abdulhakeem dan rakan rakannya kemudian menarik bangkai ikan tersebut ke daratan dan memotong dagingnya sebelum terkejut menemui muntah ikan paus yang turut dikenali sebagai 'emas terapung' kerana nilainya tinggi di pasaran.


'Emas terapung' itu juga dikenali sebagai ambergris iaitu bahan yang terdapat di dalam perut ikan paus sperma dan digunakan untuk pembuatan minyak wangi.




Kredit foto: Beberapa nelayan Yemen bergambar di depan muntah ikan paus setelah menemuinya di dalam perut seekor ikan paus yang telah mati di laut selatan Aden pada 13 Februari lalu. - Foto Ali Mahmood/The National




Ia berbentuk pepejal dan mengandungi bahan-bahan lemak.


Muntah ikan paus tersebut yang seberat 127 kilogram itu kemudian dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan harga lebih AS$1.5 juta (RM6.20 juta).


Sebahagian wang diterima itu kemudian digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan kerana kehidupan di Yemen menjadi sukar disebabkan perang saudara yang meletus sejak tahun 2014 manakala baki wang yang tinggal dibahagi-bahagikan kepada 35 anggota nelayan tersebut.


Nelayan Yemen memang sudah mengenali tentang nilai muntah ikan paus itu yang boleh digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.


Menurut Fares, kehidupannya berubah selepas menemui muntah ikan paus itu.


"Ada yang menggunakan (wang jualan muntah Ikan paus itu) untuk membeli bot, ada yang membaiki rumah. Saya membina rumah saya," katanya seperti dilaporkan AFP.


Seorang lagi nelayan yang menemui muntah ikan paus itu, Salim Sharf berkata, penemuan itu membolehkannya untuk menyimpan wang itu untuk masa depannya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki Allah SWT bagi ..selepas dizalimi oleh Ereb Sodi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu rupanya muntah paus baru first time aku tgk. Kalau aku jumpa mgkn aku ingt itu tahi keras berskala besar dan warna hitam akibat lama tak membuang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.067286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list