CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 0

[Tempatan] Penguatkuasaan minyak masak di sempadan dipertingkat

[Copy link]
Post time 20-6-2021 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Penguatkuasaan minyak masak di sempadan dipertingkat


HASNOL Zam Zam Ahmad (tengah) melihat minyak masak yang dihasilkan ketika membuat lawatan ke kilang PGEO Edible Oil di Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM   20 Jun 2021, 4:11 pm

PASIR GUDANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertingkat penguatkuasaan bagi mengelak penyalahgunaan minyak masak bersubsidi termasuk diseludup keluar ke negara jiran khususnya sempadan Thailand.

Ketua Setiausahanya, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, tindakan itu diambil bagi membanteras kegiatan menyorok bekalan minyak bersubsidi selain memastikan bekalannya mencukupi di seluruh negara.

Katanya, kementerian itu  turut mempunyai unit-unit perisikan selain bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan di sempadan termasuk tentera sebagai penyalur maklumat bagi mematahkan kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Terbaharu, katanya, KPDNHEP Kelantan merampas 9,350 kilogram minyak masak peket yang cuba diseludup ke Thailand pada 5 Jun lalu.

“Dari masa ke semasa, KPDNHEP membuat tangkapan dan rampasan minyak masak ini yang dibeli, dikumpul dan dihantar ke negara jiran. Ada juga yang dibuka dan dimasukkan di dalam bekas yang lebih besar seperti tin dan botol bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Ini antara cabaran utama yang perlu dihadapi kerana harga minyak masak di negara jiran lebih tinggi daripada harga subsidi yang kita tawarkan kepada rakyat ataupun minyak proses untuk pasaran negara,” katanya selepas membuat lawatan ke kilang PGEO Edible Oils Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Ketika ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah 60,000 tan metrik minyak masak subsidi setiap bulan atau 720,000 tan metrik setahun yang mencukupi untuk menampung keperluan lebih 32 juta penduduk negara ini.

Mengulas lanjut, Hasnol berkata, bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran, kerajaan juga telah melantik 300 ‘repacker’ yang aktif untuk membungkus minyak masak peket satu kilogram di seluruh negara di bawah skim minyak masak bersubsidi. – UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049021 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list