View: 3919|Reply: 12
|
Black serlah sisi berbeza Kamal
[Copy link]
|
|
Black serlah sisi berbeza Kamal
Oleh Fatin Farhana Ariffin - Jun 19, 2021 @ 1:35pm
[email protected]
Kamal Adli sudah lama menantikan watak mencabar yang menguji kemampuannya dalam lakonan seperti watak Black.
KUALA LUMPUR: Sentiasa menggalas karakter 'hero romantis' menyebabkan aktor, Kamal Adli gembira diberikan kepercayaan menjayakan watak berbeza menerusi drama Black yang berkisar mengenai alam bunian.
Kamal berkata, dia sudah lama menanti untuk menghidupkan watak berbeza dalam lakonan.
"Awalnya, saya pelik kenapa saya dipilih menjayakan watak Black sedangkan raut wajah saya seperti tidak kena dengan cerita Korea. Ini kerana drama Black diadaptasikan daripada drama popular Korea.
"Bagaimanapun, saya fikir tak mengapalah, buat sahaja cara Melayu. Apa yang boleh dikatakan, karakter Black jauh berbeza dengan drama bersiri lain.
"Bukan hanya dari segi jalan cerita, malah karakternya, orang sudah boleh nampak perbezaan watak saya dalam drama Black. Selalunya, saya diberikan watak berkisarkan perkahwinan paksa, cinta dan sebagainya.
"Black, seorang anggota polis yang sangat 'poyo'. Jujurnya, saya sangat seronok menjayakan watak ini, apatah lagi bekerjasama pasukan yang bagus," katanya kepada BH Online.
Katanya, pasukan drama Black ini sangat dinantikan untuk bekerjasama, jadi memang seronok.
"Semuanya juga memberikan kerjasama mantap dari pengarah, produksi sehinggalah kru, teknikal dana prop," katanya.
Berkongsi lanjut, Kamal berkata, dia tidak menonton siri asal drama yang disiarkan di Viu Original Melayu kerana enggan terikut-ikut.
"Saya tengok satu episod sahaja, itu pun tidak habis. Saya fikir lebih baik saya menghidupkan watak Black dengan cara yang tersendiri.
"Malah, dari segi bahasa, penonton Malaysia dapat merasakan drama ini lebih dekat kerana kami mahu mempersembahkan cerita yang penonton tidak boleh bandingkan antara versi Korea dan Melayu.
"Penonton versi Korea mungkin tahu jalan cerita, tetapi apabila lihat versi Melayu, mereka akan lupa versi Korea. Ini kerana kami membawakan dengan penceritaan yang dekat dengan masyarakat Melayu.
"Bahasa yang digunakan santai dan agak kasar membuatkan penonton lebih dekat, itu antara faktor musim pertama drama ini berjaya. Jadi, saya berharap musim kedua ini dapat menarik perhatian, saya sendiri tertunggu-tunggu mahu menjayakan sambungan siri ini," katanya.
Kamal Adli dan Siti Saleha bergandingan dalam drama Black musim kedua siaran Viu.
Kamal ditemui menerusi sidang media drama Black musim kedua terbitan Viu secara virtual, baru-baru ini.
Memegang watak Black, seorang penguatkuasa undang-undang alam bunian yang datang ke dunia manusia memburu rakan setugas, kemudiannya bertemu Sofia (Siti Saleha), wanita muda bermasalah, tetapi memiliki keistimewaan membolehkannya melihat kematian melalui bayang seseorang.
Black dan Sofia terpaksa berdepan dengan satu demi satu misteri yang dikaitkan dengan orang yang dikasihi dan kisah silam yang mereka dikongsi bersama.
Selain Kamal dan Siti Saleha, pelakon lain yang turut membintangi drama Black termasuklah Nam Ron, Nabila Huda dan Zoey Rahman.
Diadaptasi daripada drama fantasi-seram karya CJ ENM dari Korea dengan menggunakan judul sama, Black musim kedua versi Malaysia ini mula ditayangkan minggu lalu, secara eksklusif di Viu.
Musim pertama siri itu ditayangkan pada Disember 2019 dan menerima sambutan hebat oleh peminat drama Melayu di Malaysia.
Terdahulu, drama lapan episod itu meraih dua kemenangan pada Anugerah Akademi Kreatif Asia dalam kategori Sinematografi dan Visual FX Terbaik.
Musim kedua Black diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dan ia diterbitkan oleh Independent Pictures serta diterajui oleh produser veteran, Zurina Ramli.
Episod pertama Black musim kedua kini boleh didapati di Viu dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis, mulai 10 Jun lalu. Penonton boleh menonton menerusi aplikasi Viu yang dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, TV pintar terpilih dan laman web www.viu.com.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik Ganja. Rasa macam bertahun dah keluar cerita ni.
Rupanya season dua baru nak tayang. Ok la. Yang Korea punya cerita ok jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
I tetap suka Borhan Anjing Gila |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah tengokk tp suka dgn hero dan heroin nya.. berlakon tak pernah mengecewakan |
|
|
|
|
|
|
|
Suka kdrama Black tu, Cuma rengsa je watak heroin si go ara tu
Yg versi melayu ni teringin nak tgok, blum lg dpt.
Ada tgok trailer n sedutan sikit2 je. Nampak mcm bestt |
|
|
|
|
|
|
|
Kau hensem, Kamal. Kau hensem. Sesuai la muka ko tu yang hensem biasa2 dengan watak polis poyo. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abob at 20-6-2021 07:35 PM
Walau cite ni adaptasi korea dan kena kutuk dgn netizen sebelum tonton hehe
Ternyata adaptasi nih best sebab tuh rating tinggi
Tengok lah cite Scammer gak...dua2 best |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk gandingan Kamal n siti saleha ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka kdrama black…sgt best…tp tk tau pula ada malay version ahhah kena try tingok ni… |
|
|
|
|
|
|
|
Kdrama Black dulu aku tgk tp separuh je.Bz keje punya pasal.tak sempat nak menyambung
Tp kdrama punya memang best.versi malay x penah tgk lg.
Aku tunggu kot2 ada penerbit nak buat Partners for Justice versi malay ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Best...tak berape sama...tp best citer ni...tak rugi tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Best cite ni .. tak mcm drama melayu petang2 .. versi Korea pun best aku kena tgk 2 Kali baru paham |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca tajuk boleh terbayangkan si black penyanyi tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|