View: 5517|Reply: 60
|
Ratusan lembu di Felda Kerteh 4 mati kerana harimau ajar anak-anak memburu
[Copy link]
|
|
Dungun: Sebanyak 240 ekor lembu milik penternak di Felda Kerteh 4, dekat sini, ditemui mati akibat serangan harimau sejak 2019 hingga 17 Jun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya percaya tindakan harimau itu semata-mata untuk mengajar anak-anaknya memburu.
Menurutnya, sebahagian besar lembu yang ditemui mati terdapat banyak kesan cakaran di kepala, badan dan belakang tetapi tidak dimakan.
"Kamera infrared yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merakam ibu harimau bersama empat anaknya yang berusia sekitar dua tahun.
"Berdasarkan rakaman itu, kita percaya ibu harimau itu hanya mengajar memburu kepada anak-anaknya dan setakat ini tiada laporan haiwan itu menyerang peneroka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dr Azman berkata, di kawasan Felda Kerteh 4 itu terdapat kira-kira 1,000 ekor lembu membabitkan 60 penternak.
"Kita percaya lembu yang diternak secara integrasi dalam ladang menarik kunjungan pak belang ke kawasan itu.
"Kawasan ternakan itu terletak berdekatan dengan hutan dan kita percaya ada berbelas ekor harimau di hutan itu," katanya.
Katanya, kesan daripada serangan harimau itu menyebabkan penternak mengalami kerugian yang besar.
"Saya bersama Perhilitan serta beberapa agensi kerajaan lain sudah mengadakan perjumpaan dengan penternak bagi mencari tindakan penyelesaian.
"Unit khas Perhilitan sudah mengambil langkah memantau kawasan ternakan 24 jam termasuk memasang kamera dan perangkap, "katanya.
Dr Azman berkata, hasil pertemuan dengan penternak terbabit, pihaknya mengambil keputusan mengehadkan kemasukan penduduk ke kawasan itu.
"Masyarakat luar juga dinasihatkan supaya tidak pergi berkelah ke kawasan air terjun yang terletak berhampiran dengan kawasan itu," katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap semua penternak dapat mengurung ternakan sebelum waktu senja.
"Kerajaan negeri juga bersetuju membantu penternak yang kerugian melalui Tabung Bencana Pertanian," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Td tgk berita katenyer sbb haiwan dibiarkan berkeliaran...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mmg nature rimau memburu. Takkan tengok je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat tak nak derma daging tuh ke zoo? |
|
|
|
|
|
|
|
tembak je harimau tu bagi mati..kang org pulak yg nak diserang nya |
|
|
|
|
|
|
|
namemysoul replied at 1-7-2021 11:41 PM
Td tgk berita katenyer sbb haiwan dibiarkan berkeliaran...
Aku paling menyampah org bela kambing lembu kerbau tak bertambat. Masuk kebun orang buat angkara, ada yg melepak kt jln raya sampai org accident. Bila report pihak berkuasa, owner buat2 tak kenal binatang masing2. Maka elok la rimau makan je kalau boleh makan owner binatang tu sekali. Menyusahkan je |
|
|
|
|
|
|
|
Lentera replied at 2-7-2021 12:39 AM
Aku paling menyampah org bela kambing lembu kerbau tak bertambat. Masuk kebun orang buat angkara, ...
Tu la...dlm brite td penternak dah kn 'sound' sbb biarkan lembu2 gitu ajer.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah sediri biar dan xbertggjwb kat haiwan tu so kena la |
|
|
|
|
|
|
|
namemysoul replied at 1-7-2021 11:41 PM
Td tgk berita katenyer sbb haiwan dibiarkan berkeliaran...
Salah sendiri tak berhati2 |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya anak harimau tu. mesti gemuk gemuk dah makan beratus lembu. |
|
|
|
|
|
|
|
oo baru baca. tak makan pun. dia prektis kat lembu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
eizarz replied at 2-7-2021 12:33 AM
tembak je harimau tu bagi mati..kang org pulak yg nak diserang nya
Not that easy way out
Maybe boleh capture and lepaskan kat tmpt yg lebih sesuai |
|
|
|
|
|
|
|
Ala.... Dah hutan korang rampas dari penghuninya, tetiba korang nak halau & bunuh harimau tu..
Aku study dekat rembau, betul2 pendalaman punya kampung. Hulu! Lembu peliharaan dibiar berak merata, jalan2 berkeliaran. Aku kesian dekat lembu2 tu sebab dapat tuan jenis bodoh tak reti nak kawal.. |
|
|
|
|
|
|
|
eizarz replied at 2-7-2021 12:33 AM
tembak je harimau tu bagi mati..kang org pulak yg nak diserang nya
Bukan rimau ni tak boleh dibunuh sebab spesis rimau ada yg mengalami kepupusan.
4ekor pun rasanya dah menggembirakan pihak perhilitan. |
|
|
|
|
|
|
|
wow , clever mommy rimau ni pilih training ground, wah , cool.
apa nak dikatakan lagi kan? depa haiwan pemangsa so, kawasan tu pun asalnya hutan - so .kiranya kawasan tu patutnya perhilitan jadikan kawasan simpanan mandiri harimau lah kot?
i mean , wow lah jugak ibu harimau pilih kawasan baik punya ajaq comrades berburu...berlatih lagi.
kira berapakah populasi harimau kat situ ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Okla tu rimau makan lembu... kalau makan tuan lembu kan lagi susah |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu....dimaafkan ...tuan lembu anak haram bagi lepas lembu kat jalan
tak malu ke dengan bangsa terhina bangla boleh buka kilang lembu |
|
|
|
|
|
|
|
iols ingatkan dah pupus rimau malaya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi la dah serang mati tapi tak makan
Apala mak rimau ajar membazir
Btw kalau aku duduk kawasan situu pon suggest bunuh je weh atau tangkap je
Seram Woo pak belang menghantui hari
Harap pak belang ni serang mereka yang rakus gondol kan hutan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|