CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 4

'Makan Sedulang' Gambar Baru Atau Lama? Annuar Ada Jawapannya - Saifuddin

[Copy link]
Post time 13-7-2021 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencabar Tan Sri Annuar Musa membuktikan bila tarikh beliau bersama Datuk Johari Abdul dan  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar SOP.


Mengulas ciapan Annuar menerusi Twitternya, Saifuddin tidak mahu menjawab gambar yang ditular itu diambil bila, tetapi mahu Ahli Parlimen Ketereh itu sendiri mengemukakannya.




Kredit foto: MalaysiaKini




Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, beliau hanya boleh kata, dia sudah lama mengenali Ahmad Zahid dan keluarga serta mempunyai banyak koleksi gambar bersama pemimpin itu.


Katanya, beliau bersahabat dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hampir 30 tahun dan mengenali antara satu sama lain.


“Orang ramai boleh dapatkan kepastian daripada Annuar, sama ada gambar yang dia tular itu gambar baharu atau gambar lama. Jawapan ada dengan dia,” katanya mengulas Twitter Annuar yang menularkan gambarnya bersama Ahmad Zahid dan Johari Abdul.


Annuar menerusi Twitternya malam tadi telah menularkan tiga keping gambar dengan tajuk, “Makan sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat ‘dining’ di restoran musim PKP.


Dengan hantaran itu juga, beliau mendapat kecaman dan sindiran daripada netizen yang menyifatkan Annuar sebagai pendendam selepas dikenakan kompaun melanggar SOP PKP pada Ahad lalu.


Menteri Wilayah Persekutuan itu mengakui telah membayar kompaun sebanyak RM2,000 kepada polis atas kesalahan menziarahi mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Sebagai dendam, beliau menularkan gambar Ahmad Zahid, Saifudddin dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari makan di sebuah restoran, kononnya tidak mematuhi SOP PKP.


Tiga gambar yang diviralkan itu mempunyai berlainan latar belakang dan pakaian, yang jelas menunjukkan gambar berkenaan diambil bukan dalam tempoh PKP 3.0.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
So childish!Yang gatal merayap waktu pkp apasal & letak gambar pulak tu.Pak Lah tak kena denda sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
muka miang gini rasa nak bakar je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak lah tuan rumah patut kena sekali..tp menantu tu menteri pn
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:39 PM | Show all posts
dah tua pastu bodoh lps tu jd menteri...mcm ni la rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036439 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list