Siapa tidak mengenali jutawan internet, Irfan Khairi yang bergelar jutawan di usia 25 tahun. Kini Irfan beroperasi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan aktif berkongsi di platform Tik Tok kepada anak muda.
Antara perkongsiannya yang sangat menarik ialah anak muda perlu ke luar negara bagi mencari peluang lebih bagus sekaligus meluaskan pengalaman.
Memandangkan ramai pengikutnya bertanyakan mengenai Dubai, maka Irfan, 45 menceritakan lima sebab mengapa anak muda perlu ke Dubai lalu mencipta kejayaan sepertinya.
Sebab pertama ialah banyak aktiviti pelancongan boleh dilakukan di Dubai seperti pusat beli belah, pusat hiburan dan lebih 20 taman tema ada di sana.
Selain itu, pastinya ia destinasi yang selamat dan mudah mencari makanan halal. Begitu juga dengan cuaca di sana yang hanya tiga bulan sahaja musim panas manakala selebihnya adalah musim sejuk dan kering.
Foto : naurikgulf
Walaupun ramai menganggap kos sara hidup di Dubai tinggi, tetapi sebenarnya ia lebih tinggi lima kali ganda berbanding di Malaysia. Bermakna, jika belanja anda adalah RM5,000 maka pendapatan anda mungkin RM25,000.
Sebab yang paling bermakna ialah di Dubai, tiada cukai dikenakan terhadap rakyatnya dan mereka yang bekerja di sana.
Foto :naurikgulf
Di ruangan komen, netizen turut berkongsi cerita mengenai saudara mereka yang bekerja sebagai jururawat di sana. Malahan ada yang berminat untuk turut bekerja di sana.
Foto : Tik Tok
Bunyinya seronok kan? Ada siapa yang mahu bekerja di sana? - CARI
|