View: 1892|Reply: 13
|
Bina kubur di tengah jalan raya
[Copy link]
|
|
Pengguna laluan itu terpaksa memandu sekitar kubur itu yang enggan dialihkan oleh penduduk setempat. -Newsflash
Bina kubur di tengah jalan raya
ANKARA – Penduduk sebuah kampung di Turki sanggup memandu mengelilingi sebuah kubur yang terletak di tengah-tengah jalan kerana enggan mengalihnya ke lokasi lain, lapor akhbar The Sun, semalam.
Kubur tersebut dipercayai mengandungi mayat lelaki alim yang ditemui penduduk tempatan beberapa tahun lalu di Sarskila, Sivas.
Menurut kepercayaan tradisional, adalah dilarang mengalih mayat orang alim ke tempat baharu maka kuburnya dibiar di lokasi asal hingga sebatang jalan dibina di situ.
Identiti individu yang telah ditanam di situ tidak dapat dipastikan namun ada satu nama tertulis pada batu nisan tersebut yang dipercayai telah dimimpikan wanita pertama yang menemuinya.
Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah legenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga dilaporkan berdoa di sebelahnya.
Seorang penduduk di situ, Ahmet Hark berkata terdapat sebuah rumah di situ 40 tahun lalu namun ia kemudiannya dirobohkan.
“Menurut kepercayaan kami, tidak elok mengalihkan kubur orang alim dan ia patut kekal berada di lokasi asal dan oleh sebab itu, ia kekal berada di tengah-tengah jalan,” kata Ahmed. -Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pusara di Lebuh Raya is not a joke |
|
|
|
|
|
|
|
Tak Nak Kalih Mayat Orang Alim, Biarkan Kubur Di Tengah-Tengah Jalan
Ankara: Pelik tapi benar. Itu yang berlaku di sebuah kampung di Turki apabila kubur 'orang alim' berada di tengah jalan kerana penduduk tempatan enggan memindahkan jenazah itu.
Portal The Sun melaporkan kubur itu dilaporkan milik seorang lelaki alim apabila tulangnya ditemui di sebuah rumah yang mahu dirobohkan untuk pembinaan jalan raya.
Menurut kepercayaan masyarakat, penduduk dilarang mengalih mayat orang alim ke tempat baharu dari lokasi jasadnya ditemui.
Foto: Agensi
Identiti individu yang ditanam di situ tidak dapat dipastikan namun ada satu nama tertulis pada batu nisan itu yang dipercayai hadir dalam mimpi wanita yang menemuinya.
Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah lagenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga dilaporkan berdoa di sebelahnya.
Selama bertahun-tahun kemudian kawasan itu mahu dibangunkan menyebabkan kerajaan melakukan beberapa pembelian untuk membolehkan jalan baru melalui kampung terbabit dibina.
Akhirnya, pemaju memutuskan untuk meninggalkan kubur dan hanya membina jalan di sekitarnya.
Seorang lelaki, Ahmet Hark yang tinggal di kawasan kejiranan itu berkata, terdapat sebuah rumah di kawasan itu sejak 40 tahun lalu.
Dia mengesahkan pemilik rumah itu bermimpi itu adalah makam orang suci yang mereka temui ketika menggali halaman dan membina kubur itu sebagai tanda hormat.
"Kemudian, rumah-rumah di sini dirobohkan. Tetapi menurut kepercayaan kami, tidak boleh memindahkan kubur orang suci, mereka harus tinggal di tempat mereka berada.
"Oleh kerana itu, kubur ini tetap berada di tengah jalan yang dibina di kawasan rumah yang dirobohkan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
turki lg..i like turki..kubur kt tgh2 tak berhantu ke kalau lalu mlm2..scary jgk ni kalau baru first time lalu situ..
ankara ni mcm best jgk kn..tk pnh pergi lg |
|
|
|
|
|
|
|
i mean... kalau dah camtu, tak boleh buat apa la.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukanya apa..takut nak alih sbb klau gali nanti jumpa rangka je..takde jumpa mayat segar bugar mcm cite dlm mastika |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk di situ sentiasa ingat pada mati |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: turki lg..i like turki..kubur kt tgh2 tak berhantu ke kalau lalu mlm2..scary jgk ni kalau baru first time lalu situ..ankara ni mcm best jgk kn..tk pnh ...
Hantu kat turki hensem2 wo.ow {:childlike
|
|
|
|
|
|
|
|
kepercayaan msg2 kan.
tapi x ngeri ke yg ddk tepi2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: turki lg..i like turki..kubur kt tgh2 tak berhantu ke kalau lalu mlm2..scary jgk ni kalau baru first time lalu situ..ankara ni mcm best jgk kn..tk pnh ...
huishh cte2 serem turki kemain serem. tp iols suka negara turki. lawaaa sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
kang ada pemandu mabuk p langgar |
|
|
|
|
|
|
|
Sempit jugak nampaknya jalan tu kalau tak hati2 mudah jadi kemalangan |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang tak pikir ke yg kat bawah tu terganggu..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|