CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 3

Pengikut Muak Dengan Kit Siang Bangkitkan Semula Isu Kematian Beng Hock

[Copy link]
Post time 19-7-2021 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dimarah pengikut Facebooknya selepas membangkitkan semula isu kematian Teoh Beng Hock.


Menurut mereka Kit Siang tidak mempunyai kredibiliti untuk menegakkan keadilan terhadap kematian Beng Hong kerana mengabaikan isu itu ketika DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selama 22 bulan.




Kredit foto: The Straits Times




Tegas mereka, Kit Siang dan DAP mempunyai banyak kelebihan untuk menyiasat kematian Beng Hock ketika berkuasa kerana Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Peguam Negara dilihat sebagai mesra kepada pentabiran Pakatan Harapan ketika itu.


“Semasa pemerintahaan PH selama 22 bulan. Apa yang telah anda semua lakukan untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan dan sekarang anda mahu membawa kes itu sebagai sebahagian daripada agenda politik anda lagi,” sindir Steve Tung Lee.


“Anda mempunyai 22 bulan, anak lelaki anda adalah salah seorang individu yang paling berpengaruh dan berkuasa dalam kerajaan Malaysia waktu itu, Peguam Negara juga rapat dengan DAP, bolehkah saya bertanya apa yang telah anda lakukan?” persoal Yiip Shaun.


“Wah, 22 bulan dengan bos SPRM dan AG, anda tidak boleh membuka kes itu? Berhenti menggunakan namanya kerana kamu tidak melakukan apa-apa untuk dia ketika berkuasa. Berhenti mengguna namanya untuk kepentingan politik ini menjijikkan,” tegas Justin Tan.


“Saya berasa sedih dengan Beng Hock. Saya merasa sedih kerana anda terus menggunakan beliau untuk menghasut orang. Apa yang telah anda lakukan semasa PH diberi kuasa? Memalukan,” sindir Marvin Lee.


“Apa yang anda lakukan semasa mengambil alih pemerintahan? Menyerahkan TNG 30? Seharusnya anda dapatkan keadilan ketika itu,” kata Sravanan Chingambaram.

“Kit Siang saya menghormati awak sebelum ini… tapi kadang-kadang lebih baik tutup mulut. Apa yang PH buat selama ini? Jangan kata 22 bulan tidak cukup untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan lebih dari 60 tahun! Yang benar adalah tidak ada apa telah anda lakukan kecuali memperjuangkan kedudukan dan pertengkaran antara parti. Jadi diam. Rasa begitu muak,” luah Timothy Tws.




Kredit foto:





Dalam hantaran kira-kira 12 jam lalu, Kit Siang dengan tanda pagar ‘kerajaangagal180’ menulis, ‘Selagi keadilan tidak ditegakkan dalam kes Teoh Beng Hock, Malaysia belum menjadi negara normal. Artikel tersebut dimuatkan di blognya.


Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
politaiks mmg camtu la sbb tu kita patut mengundi tiap2 tahun, baru gelabah tits kena buat kerja laju selesaikan isu2 yg tak dapat buat sbg pembangkang, kumpul mileage utk dipilih lagi tahun seterusnya, jgn bagi politaiks rasa secure sangat dgn title yb tu, tak buat kerja tahun depan bersara lah korang naik pon bukan ikut kelayakan akademik mcm penjawat awam lain, tak make sense langsung siap boleh dapat pencen lepas berkhidmat tempoh tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai kit siang . just diam ja la.. sbb apa hang tak buka kes beng hock masa ada kuasa tu, sbb bukti tak cukup ka ataupun mmg sbnrnya dia yg terjun sendiri, takdak sapa pun yg buat dia ... bila mai nak bukak parlimen, hang buat la isu cmni.. hang tu saja men isu ni sbb nak main sentimen ja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tua2 punnnn
rasakan kena marah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.321840 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list